• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajah Baharu S.League Dikritik

oleh
06/11/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter
S.League diperkenalkan susulan pasukan kebangsaan Singapura menarik diri daripada menyertai Liga Malaysia selepas memenangi Piala Malaysia buat kali ke-24 pada musim 1994.

SINGAPURA – Biarpun teruk dikritik peminat tempatan, pihak pengurusan liga bola sepak berprestij Singapura atau S.League tetap mempertahankan tindakan mereka merombak keseluruhan sistem liga itu untuk musim 2015, lapor akhbar tabloid popular Today hari ini.

Jurucakap S.League berkata, perubahan wajah liga terpaksa dibuat demi menjadikan ia lebih kukuh dan kompetitif sekali gus menarik ramai peminat datang ke venue dan memeriahkan stadium menyaksikan perlawanan berbanding hanya menonton menerusi televisyen.

“Inisiatif ini menawarkan perlawanan lebih berkualiti. Kami beri jaminan tiada pemotongan dana kewangan dan ini bermakna S.League ada banyak sumber untuk mengukuhkan liga profesional ini,” kata seorang pegawai Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Di bawah pakej pembaharuan tersebut, S.League hanya akan melibatkan 10 pasukan selain pelaksanaan umur minimum dan maksimum pemain serta pengenalan pelbagai inisiatif untuk menarik ramai pemain asing beraksi di liga yang diwujudkan FAS sejak 1996 itu.

Setiap pasukan akan dihadkan memiliki pemain berumur paling tua iaitu 30 tahun ke atas manakala pemain muda bawah 25 tahun digalakkan untuk diambil yang bertujuan bagi membentuk kombinasi pemain berpengalaman bersama-sama bakat baharu.

“Pengalaman FAS mendapati, adalah ideal liga ini dikecilkan jumlah pasukan seterusnya sokongan peminat tempatan lebih jitu,” kata pegawai tersebut merujuk laporan Woodlands Wellington dan Hougang United bergabung ekoran rombakan format S.League itu.

Liga itu diwujudkan ekoran tindakan pasukan kebangsaan Singapura menarik diri daripada Piala Malaysia pada 1994 dan untuk musim 2015, setiap pasukan akan bermain 27 kali perlawanan dalam format tiga pusingan dari Februari sehingga Oktober. – Agensi

Tags: FASPiala MalaysiaS.League
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Buat Lagi, Layak Ke Final Piala Malaysia Kali Keenam

JDT Buat Lagi, Layak Ke Final Piala Malaysia Kali Keenam

09/04/2026
0

JDT nampaknya sekali lagi 'buat benda yang sama' layak ke final Piala Malaysia untuk kali keenam berturut-turut sejak 2019. Penampilan...

JDT ‘Tapau’ KL City 4-0, Sebelah Kaki Ke Final Piala Malaysia 2025/26

JDT ‘Tapau’ KL City 4-0, Sebelah Kaki Ke Final Piala Malaysia 2025/26

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) hampir pasti menempah tiket ke pentas akhir Piala Malaysia 2025/26 selepas membelasah Kuala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd