• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wira Sukan Negara Perlu Beri Motivasi Kepada Masyarakat

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGKAK – Wira sukan negara yang mencipta nama di pentas antarabangsa diminta kerap pulang ke kampung halaman masing-masing sebagai motivasi kepada golongan muda dan masyarakat setempat dengan membawa mesej perpaduan menerusi sukan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Ismail Mohamed berkata wira sukan negara perlu mencontohi inisiatif pemenang pingat perak temasya Sukan Olimpik Rio 2016 bagi acara badminton beregu lelaki Tan Wee Kiong yang sudi melapangkan masa bersama penduduk Kundang Ulu hari ini.

“Walaupun sibuk dengan jadual latihan dan kejohanan, Wee Kiong sanggup turun ke kampung asalnya hari ini untuk berkongsi pengalaman dengan generasi muda dan masyarakat di sini.

“Di samping berkongsi pengalaman, mesej lebih besar dibawa oleh wira negara adalah perpaduan menerusi sukan tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis kunjungan hero negara, Tan Wee Kiong di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kung Yung dekat sini.

Ismail yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Serampang berharap perkara yang sama akan dilakukan oleh atlet kebangsaan lain bagi memberi motivasi kepada masyarakat untuk melahirkan lebih ramai bintang sukan bertaraf antarabangsa pada masa akan datang.

“Diharap juga dengan kejayaan ini, Wee Kiong akan membuka mata ibu bapa memberi galakan kepada anak mereka memilih sukan sebagai kerjaya,” katanya.

Sementara itu, Wee Kiong berkata beliau rasa gembira bukan hanya dapat berkongsi pengalaman beraksi dengan pelajar dan penduduk setempat sebaliknya dapat mengimbau kembali kenangan belajar dari darjah satu hingga darjah enam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kung Yung.

“Di sinilah (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kung Yung) boleh dikatakan saya mula kenali sukan badminton sebelum menyambung pelajaran ke Sekolah Sukan Bukit Jalil,” katanya.

Wee Kiong berkata selepas meraih pingat perak di Olimpik Rio 2016, beliau sebenarnya telah lama bercadang untuk melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kung Yung, namun atas faktor kesibukan dan jadual ketat latihan menyebabkan dia terpaksa menangguhkan hasrat tersebut. – BERNAMA

Tags: atletmasyarakat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

31/03/2026
0

RAKYAT tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang senada menuntut tindakan lebih tegas dan serius diambil bagi menangani isu pemandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd