• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Kastam Wanita Maut Kenderaan Dirempuh Tonto

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seorang pegawai kanan wanita Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang koma sejak Jumaat lalu, selepas kenderaan yang dinaiki bersama dua rakannya dirempuh tonto di Kampung Banggol Chica, Pasir Mas, meninggal dunia malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab Rahman Ismail berkata mangsa, Anisah Ali, 54, meninggal dunia pada pukul 11.15 malam akibat kecederaan dalaman dan komplikasi usus.

“Laporan awal mengatakan mangsa bersama dua rakan sekerja lelaki sedang bertugas dan pada masa sama, sebuah kenderaan dinaiki tonto bertindak menghimpit dan merempuh belakang kenderaan mereka yang menyebabkannya terbabas dan melanggar pokok dalam kejadian pukul 1.20 pagi Jumaat itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi rumah mangsa di Kampung Pengkalan Kubor, Salor di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ab Rahman berkata mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini untuk rawatan lanjut.

Ab Rahman berkata setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan kenderaan jenis pacuan empat roda itu dihantar ke Jabatan Forensik untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki mangsa cuba menahan sebuah kenderaan lain dipercayai van yang membawa rokok seludup.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan lanjut termasuk mencari anggota sindiket penyeludupan terbabit yang sedang dikenal pasti.

Sementara itu, suami mangsa yang juga Pegawai Kanan Kastam Baharuddin Hamid, 58, berkata beliau yang bertugas di Pulau Pinang bergegas pulang sebaik mendapat tahu kejadian menimpa isterinya.

Beliau berkata jenazah isterinya itu dikebumikan di Kampung Pengkalan Kubor, Salor selepas solat zuhur hari ini. – BERNAMA

Tags: KastamTonto
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd