• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerakan Cadang Pewujudan Biasiswa Nasianol

oleh Ahmad Albab
09/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gerakan mencadangkan kerajaan mewujudkan Biasiswa Nasional dalam Bajet 2017 yang dianugerahkan berdasarkan merit kepada pelajar yang layak.

Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata biasiswa bagi membantu pelajar kurang berkemampuan itu boleh dibiayai melalui langkah menaikkan cukai sebanyak satu peratus ke atas rakyat Malaysia berpendapatan lebih RM1 juta serta syarikat yang berpendapatan lebih RM300 juta.

“Biasiswa Nasional ini mestilah dianugerah atas dasar merit semata-mata. Kita mesti berusaha sedaya upaya untuk menahan bakat yang ada daripada berhijrah ke tempat lain.

“Penerima biasiswa ini mesti kembali berkhidmat dengan kerajaan selama 10 tahun, dan mereka ini merupakan generasi pemimpin politik, ekonomi dan sosial bagi masa akan datang,” katanya dalam ucapan dasar pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-45 Gerakan di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas, Setiausaha Agung MIC Datuk A.Sakthivel, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan dan wakil-wakil parti komponen BN yang lain.

Selain itu, Mah berharap kerajaan menyediakan lebih banyak manfaat untuk rakyat dalam menangani isu kos sara hidup, kesihatan dan perumahan.

Dalam pada itu, Gerakan memuji langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang terbuka menerima sebarang cadangan dan maklum balas daripada rakyat dalam penyediaan Bajet 2017 menerusi laman web rasmi beliau.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, dijadual membentangkan Bajet 2017 pada 21 Okt ini. – BERNAMA

Tags: BiasiswaGerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

28/07/2024
1

Kota Bharu : PAS kecewa dengan pendirian dan kenyataan Gerakan yang menyokong isu derma syarikat arak kepada sekolah. IKUTI CHANNEL...

GERAKAN Guna Logo PN

GERAKAN Guna Logo PN

25/10/2022
0

BAYAN LEPAS : GERAKAN akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd