• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Murid Tahun 4 Sesat Ketika Sertai Hari Sukan Negara

oleh Ahmad Albab
11/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Dua murid tahun empat sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, dekat sini tersesat selepas gagal pulang ke sekolah ketika menyertai Hari Sukan Negara yang dianjurkan di sekolah mereka, semalam.

Wan Noraiman Haikal Wan Saifuddin Hafiz dan Muhammad Fakrullah Mohd Fahimie dikesan tidak kembali selepas program berkenaan selesai.

Bagaimanapun kedua-dua mereka ditemui selamat kira-kira 9.30 malam tadi, di Kampung Seberang Takir oleh penduduk kampung sebelum menghantar mereka ke sekolah.

Menurut bapa seorang daripada mangsa Mohd Fahimie Mamat, 30, kehilangan anak sulungnya itu disedari kira-kira 6 petang selepas pihak sekolah menghubungi isterinya.

Katanya dia bersama-sama isterinya bergegas ke sekolah untuk mengetahui perkembangan anaknya yang sepatutnya telah pulang ke rumah pada sebelah tengah
hari.

“Pihak sekolah menyangkakan anak saya berada di rumah namun ketika itu anak saya masih lagi belum pulang ke rumah…macam-macam perkara negatif bermain di fikiran saya mungkin anak diculik dan sebagainya.

“Bimbang dengan keselamatannya, saya bersama penduduk mencarinya di kawasan sekitar termasuk di kawasan Bukit Bayas kerana mereka sering naik ke kawasan bukit tersebut,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu (IPD) di sini, malam tadi.

Sementara itu Muhammad Fakrullah berkata dia bersama rakannya keluar menerusi pintu pagar belakang sekolah pada 8 pagi untuk menyaksikan perlumbaan Sprint Test di Litar Gong Badak.

Katanya mereka berdua berjalan kaki dengan berbekalkan wang RM3 untuk menuju ke lokasi perlumbaan tersebut.

“Bila kami sampai rupa-rupanya perlumbaan itu tiada, lalu kami berjalan untuk balik ke rumah tapi tidak jumpa jalan balik sehingga malam.

“Sepanjang tempoh itu kami hanya minum air sebelum orang kampung menemui kami, lantas menghantar kami pulang ke sekolah,” katanya. – BERNAMA

Tags: muridSesat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

02/06/2025
0

PESHAWAR: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia selepas dipukul oleh guru besar sekolahnya di hadapan semua murid semasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd