• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Irfan Bakti Antara Nama Disebut Pengendali T’ganu

oleh Ahmad Albab
08/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Bekas jurulatih Felda United, Irfan Bakti Abu Salim adalah antara nama yang dikaitkan untuk menjadi pengendali pasukan Terengganu untuk Liga Malaysia musim depan.

Selain Irfan, pengendali T-Team ketika ini yang juga bekas jurulatih kebangsaan Indonesia, Rachmad Darmawan dan bekas pengendali T-Team, Tomislav Steinbrückner dari Croatia turut disebut-sebut bagi jawatan itu.

Ini disahkan Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat yang mengakui dalam usaha memperbaiki prestasi pasukan negeri itu, nama beberapa jurulatih sudah dipertimbangkan.

“Setakat ini itulah nama kegemaran yang saya dengar namun saya tidak tahu siapa yang dipilih kerana itu bergantung pada jawatankuasa pemilihan selepas mereka bermesyuarat nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Isu jurulatih membelenggu Terengganu dari awal musim apabila Ahmad Yusuf direhatkan pada awal musim dan digantikan dengan pembantunya, Mike Mulvey pada penghujung Mac, yang juga bertahan setakat Julai sebelum diketepikan.

Selepas itu, Terengganu dibimbing jurulatih sementara, Mustafa Kamal Abd. Wahab dan ketika ini mereka berada di tangga terbawah Liga Super.

Selepas 21 perlawanan Liga Super setakat ini, Terengganu hanya menang lima perlawanan, seri empat dan kalah 12 perlawanan untuk menghuni tangga tercorot liga dengan 19 mata.

Sementara itu, Rozi berkata penstrukturan semula pasukan negeri itu akan melibatkan kesemua skuad termasuk Terengganu, T-Team, Piala Presiden dan Hanelang FC yang turut membabitkan pengurusan. – BERNAMA

Tags: Irfan Bakti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PBSNT Kekalkan Irfan Bakti Untuk Musim Depan

24/10/2018
0

KUALA TERENGGANU - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengekalkan khidmat jurulatih Terengganu Football Club 1 (TFC 1) Irfan Bakti...

TFC 1 Intai Peluang Beraksi Di Piala AFC 2018

11/06/2018
0

KUALA TERENGGANU - Pasukan Terengganu Football Club 1 (TFC 1) kini menyasarkan untuk berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik Liga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd