• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saudi Kecoh Buku Teks Kata Palestin Pengganas

oleh
10/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Dua kementerian bertelagah susulan kontroversi buku teks untuk kegunaan murid di sekolah antarabangsa di seluruh Arab Saudi menyatakan rakyat Palestin sebagai pengganas.

Kementerian Penerangan dan Kebudayaan serta Kementerian Pendidikan masing-masing menafikan mereka bertanggungjawab untuk pengisian kandungan buku teks terbabit yang turut mencetuskan kemarahan rakyat.

Meskipun buku teks berkenaan telah pun diarah untuk ditarik balik minggu lalu, namun pertikaian antara dua kementerian itu masih lagi berterusan selain ada mendakwa ia dirancang pihak asing yang memusuhi Arab Saudi.

Dalam pada itu, Kementerian Penerangan dan Kebudayaan menjelaskan, pihaknya tiada peranan dalam melakukan semakan kandungan buku teks sama ada untuk kegunaan pelajar di sekolah awam atau sekolah antarabangsa.

Ia susulan kenyataan Kementerian Pendidikan yang berkata bahawa semua buku teks untuk sekolah antarabangsa dibawa dari luar negara perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan Kementerian Penerangan dan Kebudayaan.

Bagaimanapun Kementerian Penerangan dan Kebudayaan dalam reaksi balas pula menyatakan pemantauan buku teks termasuk di semua sekolah swasta dan sekolah antarabangsa adalah di bawah Kementerian Pendidikan.

Saudi Kecoh Buku Teks Kata Palestin Pengganas

“Peraturan import buku teks sekolah memang di bawah kementerian ini tetapi urusan semakan kandungan pula adalah tugas Kementerian Pendidikan,” kata jurucakap Kementerian Penerangan dan Kebudayaan, Anas Al-Quseir.

Beliau merujuk Artikel 21 Undang-undang Penerbitan dan Percetakan yang diwartakan menerusi dekri diraja menyatakan pemantauan Kementerian Penerangan dan Kebudayaan tidak meliputi buku teks institusi pendidikan.

Malah ujar Anas, tugas kementerian itu terhad dalam urusan pentadbiran kemasukan buku asing termasuk untuk kegunaan sekolah antarabangsa dan mereka tidak campur tangan dalam aspek kandungan bahan bacaan tersebut.

Turut sependapat ialah Presiden Jawatankuasa Pendidikan Swasta, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Saudi, Othman Al-Qassabi apabila menyatakan isu buku teks adalah bidang kuasa pihak Kementerian Pendidikan sendiri.

“Kementerian Penerangan dan Kebudayaan tidak boleh mengganggu proses pendidikan di negara kita kerana hanya Kementerian Pendidikan ada kuasa dalam membuat penilaian sesuatu kandungan bahan bacaan sekolah,” katanya.

Othman memberitahu akhbar The Arab News, peraturan itu bukan isu baharu waima semua buku teks di Arab Saudi tertakluk kepada dasar ketat mengenai hal ehwal agama dan politik domestik. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab Saudi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd