• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taufan Matthew: 4 Terbunuh Di Florida

oleh AK-47
08/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIAMI – Empat kematian pertama dilaporkan akibat Taufan Matthew di Amerika Syarikat ketika ribut kuat itu membadai Florida selepas mengorbankan lebih 400 di Haiti.

Seorang wanita berusia 58 tahun mengalami keadaan degupan jantung terhenti di rumah di Mukim St Lucie di tengah negeri itu tengah malam kelmarin, tetpi angin kencang yang dibawa Matthew menghalang pasukan bomba menyelamatkan beliau.

“Kami tidak dapat bertindak balas segera dan malangnya wanita itu meninggal dunia,” kata jurucakap Bomba St Lucie, Catherine Chaney.

Pada awal pagi, pasukan penyelamat turut menerima panggilan mengenai warga tua lelaki 82 tahun yang mengalami gejala angin ahmar dan sukar bernafas.

“Sekali lagi, kami tidak dapat pergi ke rumahnya kerana angin kencang,” kata Chaney.

Lelaki terbabit dibawa ke hospital berhampiran dengan kenderaan peribadi tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.

Pada tengah hari Jumaat, wanita di Volusia keluar untuk memberi makan kepada beberapa haiwan ketika keadaan agak tenang dan terbunuh ditimpa pokok, kata pengurus mukim itu, Jim Dinneen.

Di Mukim Putnam, seorang lagi wanita maut ditimpa pokok yang tumbang di atas treler, kata pejabat sherif, menambah seorang lelaki yang berada dalam treler itu dapat menyelamatkan diri dan cuma cedera ringan. – BH ONLINE

Tags: Taufan Matthew
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd