• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengerusi ITBM Ditamat Khidmat Serta Merta

oleh AK-47
09/10/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh ditamatkan perkhidmatan daripada jawatan itu berkuat kuasa serta merta.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan lewat Jumaat, memaklumkan penamatan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada Menteri Pendidikan di bawah Artikel 135 (1) Tataurusan Syarikat ITBM.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah ITBM pada 1 Februari 2010 sehingga 31 Januari 2012, sebelum menjawat jawatan yang sama apabila kontrak beliau disambung pada 1 Februari 2012 sehingga 31 Januari 2014.

Bagaimanapun pada 19 April 2013 lalu, beliau telah melepaskan jawatan berkenaan kerana terlibat dengan politik, menurut kenyataan tersebut.

Baca: Komunis – Malaysia Bikin Kecoh Pesta Buku Indonesia

“Namun pada 1 Julai 2013, beliau sekali lagi dilantik oleh Menteri Pendidikan pada ketika itu bagi memegang jawatan yang sama di ITBM sehingga 30 Jun 2015.

“Setelah tamat kontrak tersebut, kontrak Shahruddin disambung sebagai Pengerusi ITBM berkuat kuasa mulai 1 Julai 2015 sehingga 30 Jun 2017,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

NOTA: ITBM mencetuskan kemarahan Indonesia apabila mempromosikan buku-buku bertema komunisme termasuk lambang tukul sabit yang diharamkan di republik itu pada Pesta Buku Antarabangsa Indonesia di Jakarta minggu lalu.

Tags: ITBM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Buku Wasatiyyah Cetusan PM Ke Indonesia

10/09/2017
0

JAKARTA - Konsep pemikiran kesederhanaan dalam Islam atau wasatiyyah yang diketengahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dipopularkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd