• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Putus Tangan Ditetak Dalam Kejadian Samun

oleh Ahmad Albab
07/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang remaja lelaki putus tangan kanan akibat ditetak dalam kejadian samun di hadapan stesen minyak di Bandar Baru Air Itam, di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata remaja berusia 18 tahun itu disamun ketika berjalan pulang bersama seorang rakan selepas membeli barang di kedai serbaneka 24 jam kira-kira pukul 5 pagi.

“Seorang lelaki bersenjata parang menetak kaki remaja itu dan mangsa dapat melarikan diri tetapi terjatuh sebelum suspek menetak tangan kanan remaja itu hingga putus dan mengambil cincin emas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata rakan mangsa berusia 20 tahun cuba membantunya tetapi diugut akan dicederakan jika masuk campur.

Suspek melarikan diri dengan kereta Proton Perdana manakala remaja berkenaan dirawat di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilapor stabil. – BERNAMA

Tags: kes samunputus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd