PELAWAK, Alliza Abdullah atau Enot, menafikan sekeras-kerasnya desas-desus mengatakan perhubungan antara dia dan rakan baiknya, Didie Alias renggang.
“Bagi saya, Didie bukan sekadar kawan. Saya sudah anggap macam kakak sendiri. Sebab itu, apabila bergaduh teruk sekalipun, kami tetap berbaik semula.
“Tidak mungkin kami putus hubungan kerana Didie adalah kawan saya sampai mati. Susah senang, dia tetap bersama saya, begitu juga sebaliknya,” katanya kepada BH Online.

Ibu tunggal kepada dua cahaya mata, Andriana Balqis dan Ariana Qaseh Qistina kini sibuk menguruskan perniagaan makanan dan jarang berpeluang menghabiskan masa bersama rakan baiknya itu.

Oleh kerana masing-masing sibuk menguruskan hal perniagaan dan karier lakonan menyebabkan khabar angin seperti ini timbul. Tapi itu tidak bermakna dia dan Didie bermusuhan.
“Biasalah, jika saya sibuk mengendalikan perniagaan, Didie pula terikat dengan komitmen lakonan dan pengacaraan. Didie juga ada perniagaan yang perlu diuruskan.
“Kekangan masa menyukarkan kami. Namun, kami tetap bertanya khabar. Tetap orang tidak faham, mereka ingat kami gaduh pula,” jelasnya.-MYNEWSHUB.CC
Sumber:BH Online