• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permata Tidak Audit Akaunnya Sendiri – Rizal Mansor

oleh Ahmad Albab
07/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program Permata Negara (Permata) menegaskan sebagai sebuah agensi persekutuan, ia tidak mengaudit akaunnya sendiri, sebaliknya pengauditan akaun Permata diteliti penuh Jabatan Audit Negara dan dimasukkan dalam Laporan Audit Negara setiap tahun.

Justeru, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor menyifatkan laporan Roketkini, portal berita pro DAP, bahawa akaun Permata tidak dibentang pada sesi lawatan beberapa wakil rayat parti itu ke Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Kerinchi semalam, sebagai tidak jujur.

“Sesi lawatan itu bukan sesi pengauditan akaun, sebaliknya ia adalah sesi penerangan program dan kejayaan dicapai agensi itu.

“Juga dibentang (pada lawatan itu) ialah perbelanjaan program Permata termasuk jumlah perbelanjaan dan bagaimana pembelanjaan tersebut diagihkan,” kata Rizal, yang juga pegawai khas kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Semalam, beberapa wakil rakyat DAP iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama Yeo Bee Yin, ADUN Subang Hannah Yeoh, ADUN Pulau Tikus Yap Soo Huey dan Anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming mengunjungi PAPN itu.

Rizal berkata berikutan lawatan itu pihaknya berbesar hati dengan kesimpulan dibuat pemimpin DAP bahawa program PERMATA yang dinaungi Rosmah memberi manfaat kepada masyarakat.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada wakil-wakil rakyat DAP termasuk Yeo Bee Yin, Hannah Yeoh, Ong Kian Meng dan ADUN Penang Yap Soo Huey kerana sudi melawat ke Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Kerinchi semalam.

“Pemimpin daripada Barisan Nasional yang turut hadir termasuk ahli Parlimen Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad dan Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie,” katanya.

Rizal berkata beliau telah meletakkan syarat kepada Yeo untuk mengadakan sidang media selepas lawatan itu dan menjelaskan isu-isu yang telah dibangkitkan berkaitan projek-projek kontroversi melibatkan kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Kehadiran Yeo dan rakan-rakan membuktikan bahawa mereka menerima syarat yang saya nyatakan. Namun begitu, semalam Yeo hanya menyerahkan kertas 10 mukasurat kepada saya tanpa sebarang penjelasan.

“Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa DAP tidak ada monopoli dalam mencari ketelusan,” katanya. – BERNAMA

Tags: PERMATA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nooryana Bidas Permata Jadi Genius

17/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa membidas tindakan Kementerian Pendidikan menukar...

Permata Kepada Genius, Apa Lagi Nama Program Nak Tukar?

15/04/2019
0

SELEPAS pertukaran nama Klinik 1Malaysia kepada Klinik Komuniti hebat disindir wargamaya tahun lalu, ingatkan sudah tidak ada lagi hal seumpamanya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd