• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kreatif… Lelaki Hantar Resume Dengan Kotak Donut

oleh AK-47
07/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pemuda berusia 25 tahun dalam misi mencari kerja menggunakan kaedah lain daripada yang lain dalam usaha memburu kerjaya impiannya di Amerika Syarikat.

Pakar pemasaran, Lukas Yla dari Vilnius, Lithuania berpindah ke San Francisco, bandar impiannya sejak bekerja dalam bidang teknologi lebih lima tahun lalu.

Kreatif... Lelaki Hantar Resume Dengan 40 Kotak Donut

Sejak bulan lepas, dia telah mencipta satu kempen pemasaran unik untuk dirinya dalam usaha memenangi ‘hati’ bakal majikannya.

Yla sanggup mencetak baju T dengan perkataan POSTMATES, malah membeli beberapa donut dari kedai Mr. Holmes Bakehouse dan di dalam kotak donut itu, dia meletakkan mesej seperti berikut:

Kreatif... Lelaki Hantar Resume Dengan 40 Kotak Donut

Jadi apabila bakal majikannya membuka kotak tersebut secara tidak langsung mereka akan membaca resume miliknya sambil menikmati keenakan donut tersebut.

“Saya rasa ini masa yang paling sesuai untuk mencabar diri saya,” katanya kepada laman Metro UK.

“Sejauh mana saya boleh pergi di dalam sebuah bandar yang ada persaingan sangat hebat, tempat yang saya tak kenal sesiapa pun. Saya tiada pengalaman bekerja di sini, dan berkemungkinan terpaksa bermula dari bawah semula”, jelasnya.

Nampaknya, hasil idea kreatifnya itu membuahkan hasil setelah menghantar 40 kotak donut ke pelbagai syarikat.

Yla telah ditemuduga sebanyak 10 kali dan sehingga kini masih dalam proses ditemuduga oleh beberapa syarikat lain. – MYNEWSHUB.CC

Tags: donutresume
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kombinasi Ayam Goreng Dan Donut Produk Baharu KFC

18/09/2019
0

KENTUCKY - Ayam goreng KFC sedap sehingga menjilat jari. begitu juga donut. Bagaimana rasanya jika dua makanan itu dikombinasikan. Itu...

Bumi Berbentuk Seperti Donat Gergasi?

17/02/2019
0

BENTUK sebenar bumi yang didiami kita semua sering menjadi perdebatan sejak dahulu. Seperti yang diajar dan diberitahu, bumi sebenarnya berbentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd