• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Gerai Nasi Lemak Dijel 12 Bulan Miliki Motosikal Curi

oleh Ahmad Albab
07/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang pembantu gerai nasi lemak dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memiliki motosikal curi dan gagal mengemukakan kad pengenalan diri.

Majistret Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman itu ke atas Jalaludin Sam, 52, dan memerintahkan hukuman tersebut bermula dari tarikh tangkap pada 4 Okt lepas.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bagi pertuduhan mencuri motosikal dan penjara tiga bulan kerana tiada kad pengenalan dan memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak.

Tertuduh didakwa memiliki motosikal curi bernilai RM1,000 kepunyaan Hong Wai Chuen, 56, seorang pesara, di perkarangan Blok D, Taman Putra Damai, Lembah Subang di sini pada 4 petang, 4 Okt lalu mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh juga didenda.

Bapa lima anak itu juga didakwa di bawah Peraturan 25(n)(1) Peraturan-Peraturan Negara 1990 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat, manakala Jalaludin tidak diwakili peguam.

Di mahkamah berasingan, seorang pekerja pendawaian Mohd Fazli Zainal Abidin, 30, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Aishah Abdullah, 30, seorang surirumah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Blok C-01-03, Apartment Sri Begonia, Bandar Puteri Puchong di sini pada 8 malam, 3 Okt lalu yang boleh dihukum di bawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM4,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik tidak mencadangkan jaminan kerana ia merupakan kesalahan serius melibatkan suami isteri.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Datuk Suraj Singh memohon anak guamnya dibenarkan ikat jamin minimum dengan alasan mereka daripada keluarga yang susah dan tertuduh serta isterinya masih saling menyayangi.

Majistret Zaki Asyraf Zubir membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Nov ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: Kes Curimotosikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: "Ini kali keempat saya disaman atas kesalahan sama. Pada tahun lalu, tiga kali saya disaman kerana tiada lesen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd