• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejohanan Terjun Dunia Tidak Tembung Dengan Sukan SEA

oleh Ahmad Albab
07/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kejohanan terjun dunia tahun depan tidak menghalang ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg beraksi di Sukan SEA Kuala Lumpur yang berlangsung bermula 19-31 Ogos 2017.

Pandelela berkata Kejohanan Dunia Budapest, Hungary akan bermula pada 14-30 Julai tahun depan sebelum bermulanya Sukan SEA dan kejohanan Siri Dunia Sirkit pertama pula bermula pada Mac di China.

“Kejohanan utama tahun depan tidak bertembung dengan Sukan SEA, empat Kejohanan Siri Dunia pula bermula pada Mac sehingga April sahaja. Jadi tidak ada masalah untuk saya beraksi di Sukan SEA,” kata Pandelela kepada pemberita.

Pandelela berkata sekarang, beliau mahu menumpukan perhatian kepada pelajarannya yang sebelum ini tertangguh bagi memberi tumpuan kepada Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil.

Pandelela yang berganding dengan Cheong Jun Hoong untuk memenangi pingat perak acara 10m platform seirama di Rio, mengambil jurusan Sains Sukan di Universiti Malaya dan berazam menamatkan pengajiannya pada 2018.

“Selepas habis Sukan Olimpik, sasaran saya adalah mahu menamatkan pelajaran secepat mungkin, sepatutnya saya sudah semester empat tetapi sebab tertangguh, saya masih di semester dua,” kata Pandelela.

Atlet berusia 23 tahun itu bagaimanapun tetap menjalani latihan seperti biasa di Pusat Akuatik Cheras, Kuala Lumpur dan latihan fizikal kendalian Institut Sukan Negara.

Beliau juga tidak dapat bersama-sama atlet terjun yang lain yang kini sedang berlatih di China.

“Awal tahun depan saya akan kembali fokus menjalani latihan bagi persiapan kejohanan utama serta Sukan SEA,” katanya. – BERNAMA

Tags: PandalelaSukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd