• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurusan Kes Pemilik Spa Tipu Warga China RM7 Juta

oleh Ahmad Albab
07/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menetapkan 30 November untuk pengurusan kes seorang pemilik spa yang didakwa menipu seorang eksekutif wanita sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berhubung urusan pembelian tanah, membabitkan kerugian lebih RM7 juta.

Hakim Mat Ghani Abdullah menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Muhd Ilmami Ahmad memaklumkan pihaknya telah menyerahkan dokumen berkaitan kes itu kepada pihak pembelaan pagi ini.

Hari ini ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.

Pada 9 Sept lalu, Wong Kim Woon, 54, mengaku tidak bersalah memperdayakan Fu Qinglan, 40, warga China untuk membeli tanah di Lot 80782, Mukim Batu, Wilayah Persekutuan.

Sedangkan tertuduh mengetahui tanah itu adalah milik Kerajaan Persekutuan yang tidak dibuka untuk jualan sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM7,100,618.45 kepadanya.

Wong yang diwakili peguam Lim Yoi Ping didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 80782, Jalan Metro Perdana Kepong, Metropolitan Park, di sini pada Jun 2011 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kes tipumahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd