• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Nigeria Jual 2 Jet Rasmi Ekoran Krisis Ekonomi

oleh
07/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ABUJA – Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari terpaksa menjual dua buah jet rasmi presiden susulan krisis ekonomi yang melanda negara termaju rantau barat Afrika itu kebelakangan ini.

Perkara tersebut juga sejajar dengan janji kempen beliau semasa pilihan raya tahun lalu berikrar mengurangkan kemewahan tidak perlu dan ini termasuk di dalamnya iaitu sejumlah 10 buah pesawat presiden negara berkenaan.

Menerusi satu kenyataan media pada 5 Oktober lalu, jurucakap presiden, Garba Shehu memaklumkan bahawa Muhammadu ingin memindahkan baki pesawat lainnya yang tidak dijual itu kepada pihak tentera udara Nigeria.

Namun tidak dinyatakan berapa banyak pesawat yang bakal dipindahkan. Tentera setakat ini hanya memiliki sebuah kapal terbang jenis Boeing 737 dan tiga buah helikopter model Agusta Westland untuk kegunaan kenamaan rasmi.

Baca: Presiden Ecuador Jual Syarikat Udara Negara Sebab…

nige2

Dalam iklan menerusi beberapa akhbar harian tempatan, agensi berita antarabangsa Associated Press melaporkan paparan hebahan pengumuman mengenai penjualan dua buat jet rasmi ketua negara tersebut sudah mula disiarkan.

Ia memaklumkan dua jet presiden iaitu masing-masing jet eksekutif Dassault Falcon 7x dan jet bisnes Beechcraft Hawker 4000 dijual kepada sesiapa berminat dalam mata wang dolar Amerika Syarikat, bukannya naira Nigeria.

Pesawat presiden lazimnya dinamakan sebagai Nigerian Air Force yang turut meliputi model jenis Falcon 900, Gulfstream IVSP, Gulfstream V, Cessna Citation, Hawker Siddeley, Boeing 737 BBJ dan NAF 001 atau Eagle One.

Bagaimanapun pengkritik masih membidas langkah penjimatan Muhammadu itu kerana kos penyelenggaraan semua pesawat rasmi presiden jauh lebih besar daripada bajet tahunan universiti awam di seluruh negara tersebut.

nige3

Justeru, beliau mengarahkan Kementerian Penerbangan mengambil alih baki pesawat kenamaan itu menubuhkan sebuah syarikat penerbangan kebangsaan sendiri bagi menggantikan Nigeria Airways yang ditutup pada 2003 lalu.

Operator udara milik negara itu yang diasaskan pada 1958 pernah memiliki lebih 30 buah pesawat ketika zaman gemilang sebelum dibubarkan ekoran masalah hutang, rekod keselamatan buruk dan penyelewengan urus tadbir.

Bekas jajahan British yang merdeka pada 1960 itu kini dilanda kemelesetan ekonomi dengan kadar inflasi mencecah dua digit. Situasi itu akibat kejatuhan harga minyak dunia yang membentuk 70 peratus sumber pendapatan negara.

Kemelut ekonomi negara itu yang terburuk dalam tempoh 20 tahun, malah disukarkan lagi dengan siri serangan ganas militan tempatan Boko Haram serta kurangnya aktiviti pelaburan asing. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Nigeria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Superman’ Kecundang Di LPT Kini Diburu Polis Trafik

Ramasamy Saman Zakir Naik, Dakwa Difitnah Pada Ceramah Di Nigeria

27/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy mengemukakan saman terhadap pendakwah bebas dari India, Dr...

Lebih 100 Orang Diculik Lelaki Bersenjata Di Nigeria

Lebih 100 Orang Diculik Lelaki Bersenjata Di Nigeria

23/11/2022
0

ABUJA – Lebih 100 orang termasuk wanita dan kanak-kanak telah diculik apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu empat buah kampung di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd