• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korban Taufan Matthew Di Haiti Meningkat, 261 Orang

oleh Ahmad Albab
07/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT-AU-PRINCE – Taufan Matthew hingga kini sudah meragut 261 nyawa di Haiti termasuk berpuluh-puluh yang baru ditemui di sebuah bandar di pinggir pantai yang baru dapat dimasuki pasukan penyelamat.

Kementerian Dalam negeri berkata, kebanyakan mangsa terbunuh akibat dihempap pokok tumbang, serpihan besi dan kayu berterbangan serta banjir apabila Matthew membadai negara itu dengan kelajuan lebih 230km sejam.

Perkhidmatan perlindungan sivil Haiti meletakkan angka korban di negara itu pada 108.

Kebanyakan kematian berlaku di bandar dan perkampungan nelayan di barat semenanjung Tiburon di barat daya negara itu, antara wilayah paling indah di Haiti.

Ribut melepasi semenanjung itu secara langsung dan meranapkan rumah pada Isnin dan Selasa.

“Berpuluh maut di bandar Les Anglais di Sud Department.

Saya tidak pernah lihat sesuatu seperti ini,” kata wakil kerajaan pusat di wilayah itu, Louis Paul Raphael.

Les Anglais yang mula dibadai Matthew, terputus hubungan sejak itu.

Sebelum ribut itu melanda, Datuk Bandar memberitahu penduduk yang panik mula meninggalkan rumah mereka apabila air laut mula melimpah.

Beberapa kilometer ke selatan kampung Port-a-Piment, Datuk Bandar Jean-Raymond Pierre-Louis, berkata 25 maut manakala di kampung Roche-a-Bateau, 24 terbunuh. – Reuters/BH ONLINE

Tags: HaitiTaufan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ribut Tropika Kuat Nesat Dijangka Meningkat Ke Tahap Taufan Malam Ini

Ribut Tropika Kuat Nesat Dijangka Meningkat Ke Tahap Taufan Malam Ini

17/10/2022
0

KUALA LUMPUR: Ribut Tropika Kuat Nesat yang berada di kedudukan 19.7°Utara 117.2°Timur di barat laut Filipina dan bergerak ke arah...

Geng Penjenayah Bunuh Ratusan Penduduk Haiti

Geng Penjenayah Bunuh Ratusan Penduduk Haiti

19/07/2022
0

GENEVA, Switzerland – Keganasan geng-geng penjenayah membunuh atau mencederakan sekurang-kurangnya 234 orang dari 8 hingga 12 Julai lalu di bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd