• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Dijangkiti Zika Dibenar Gugur Kandungan

oleh Ahmad Albab
07/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Kerajaan Thailand membenarkan wanita yang dijangkiti virus Zika menggugurkan kandungan mereka kerana bimbang bayi dilahirkan dengan kecacatan otak atau mikrosefali, kata pegawai semalam.

Thailand pada minggu lalu mengesahkan dua kes mikrosefali yang dikaitkan dengan virus bawaan nyamuk aedes berkenaan.

Dua kes mikrosefali, satu kecacatan yang menyebabkan kepala dan otak bayi mengecil, adalah kes pertama disahkan di Asia Tenggara.

Pakar kesihatan yang bertemu pada minggu ini bagi menggariskan panduan bagi wanita mengandung yang dijangkiti Zika memutuskan ibu boleh menggugurkan kandungan mereka hingga minggu ke-24.

“Paling sukar mengenai Zika adalah menentukan mikrosefali. Ia hanya dikesan lama selepas kehamilan,” kata Presiden Obstetrik dan Ginekologi, Kolej Diraja Thailand, Pisek Lumpikanon.

Menurutnya, pengguguran perubatan boleh dilakukan sebelum usia kandungan mencecah 24 minggu.

“Selepas 24 minggu peluang untuk bayi hidup adalah tinggi,” jelasnya.

Menggugurkan kandungan adalah satu kesalahan di Thailand kecuali kes berkaitan mangsa rogol dan untuk menyelamatkan nyawa ibu.

Ketika ini tiada ujian spesifik bagi menentukan sama ada bayi dilahirkan dengan mikrosefali tetapi boleh dikesan melalui imbasan ultra bunyi ketika kandungan memasuki minggu ke-28. – Reuters/myMetro Online

Tags: ibu mengandungvirus zika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Hamil, Menyusu Anak Diberi Vaksin Tertentu

02/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ibu mengandung dan menyusukan anak boleh mengemas kini butiran status masing-masing pada aplikasi MySejahtera. Menteri Penyelaras Program...

Suami Isteri Maut, Janin Terkeluar Dari Kandungan

10/07/2019
0

PASIR MAS - Sepasang suami isteri maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung sebuah kereta di Lebuhraya Rantau Panjang-Pasir Mas dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd