• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

N.Sembilan Mahu Rampas Piala Agong Dari Perak

oleh AK-47
06/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Negeri Sembilan berazam merampas Piala Agong apabila berdepan Perak pada perlawanan pembukaan tirai Kejohanan Piala Emas Raja-Raja edisi ke-76 pada tahun ini, yang akan berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, pada 15 Oktober ini.

Penolong Pengurus, Abdul Rafi Abdul Murad berkata ini kerana menjadi hasrat Negeri Sembilan untuk membawa pulang Piala Agong pada tahun ini setelah menjuarai Piala Emas Raja-Raja tahun lepas.


“Memenangi Piala Agong menjadi sasaran kita pada tahun ini dan dalam masa yang sama kita juga berharap dapat mempertahankan kejuaraan Piala Emas Raja-Raja bagi melengkapkan kemenangan yang diidamkan.

“Piala Agong ini adalah piala idaman kita kerana inilah kali pertama kita layak bersaing untuk merebut piala tersebut. Kita menaruh harapan tinggi untuk memenanginya,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Perlawanan merebut Piala Agong 2016 adalah antara Negeri Sembilan yang merupakan juara Piala Emas Raja-Raja 2015 dan Perak, juara Piala Agong 2015.

Mengulas lanjut, Abdul Rafi berkata Negeri Sembilan telah membuat persediaan rapi dalam membentuk sebuah pasukan bola sepak yang mantap.

Katanya pasukan Negeri Sembilan kali ini dibarisi pemain berpengalaman dan beliau yakin pasukannya memiliki kelebihan berbanding Perak pada perlawanan itu, terutama beraksi di gelanggang sendiri.

“Kita bermain di tempat sendiri, jadi saya berharap penyokong Negeri Sembilan akan hadir beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan. Walaupun saya difahamkan Perak akan membariskan ramai pemain muda, tetapi saya yakin Negeri Sembilan mempunyai kelebihan.

Kita telah mengenal pasti 20 pemain dan kebanyakan mereka terdiri daripada pemain yang menjuarai Piala Emas Raja-Raja pada tahun lepas. Kita juga mengekalkan jurulatih tahun lepas, Abd Halim Sulaiman,” katanya. – BERNAMA

Tags: Piala Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sabah Juara Piala Agong 2018

25/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Juara empat kali, Sabah muncul juara Ragbi Piala Agong 2018 selepas menewaskan Kelantan 47-45 dalam perlawanan pentas...

Kelantan Tumbangkan Juara Bertahan Johor

21/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Kelantan bangkit dari ketinggalan untuk mencipta kejutan menewaskan juara bertahan, Johor 32-27 pada aksi separuh akhir Piala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd