• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaga Bunga Dipetik Orang, Sunting Bunga Di Taman Orang

oleh Ahmad Albab
06/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – “Jaga bunga daripada dipetik orang dan pada masa sama cuba sunting bunga lain di taman orang,” kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas betapa perlunya pergerakan itu menjaga anggota sedia ada dan berusaha menarik lebih ramai anggota baharu menyertai pergerakan itu.

Dalam menghadapi pelbagai cabaran, terutama usaha parti lain menarik lebih ramai keanggotaan, Puteri UMNO tidak boleh patah semangat atau rendah diri sebaliknya terus berusaha menjaga anggotanya serta mengukuhkan parti dengan menarik lebih ramai anggota.

Katanya anggota Puteri UMNO bersama pemimpin UMNO yang lain perlu komited dan melipat gandakan usaha mendekati lebih ramai orang muda terutamanya mereka di peringkat akar umbi.

“Saya nak hati mereka (anggota Puteri UMNO) cekal dan suburkan semangat yang ada dalam diri mereka sebagai pendekar srikandi puteri supaya dapat mengekalkan kemenangan (Barisan Nasional) sedia ada,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Seminar Pemerkasaan Patriotisme Melalui Pendidikan Sejarah di Institut Pendidikan Guru, Durian Daun di sini yang turut dihadiri Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep) Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmim.

Mas Emieyati berkata anggota pergerakan itu juga kini sedang menggiatkan langkah untuk menjejaki serta mendekati generasi muda yang masih belum lagi mendaftar sebagai pemilih.

“Walaupun mereka belum lagi mendaftar sebagai pemilih mereka perlu didekati supaya mereka rasa tidak dipinggirkan dan mereka tahu banyak yang kerajaan BN (Barisan Nasional) buat cukup banyak untuk orang muda Malaysia.

“Itu yang kita beri fokus untuk meneruskan komitmen menggerakkan jentera bagi mendekati orang muda, sehubungan itu saya minta semua pihak memainkan peranan masing-masing daripada peringkat akar umbi hingga ke peringkat nasional,” katanya. – BERNAMA

Tags: Puteri UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

[PAU 2021] Puteri UMNO Mahu PRU-15 Segera

17/03/2022
0

KUALA LUMPUR : Pergerakan Puteri UMNO menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum Ke-15...

Puteri UMNO Tidak Mahu Pintu Belakang

05/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Puteri UMNO mengingatkan ahlinya agar tidak termakan umpan untuk mengejar kedudukan kerana tiada pintu belakang untuk berkuasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd