• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajib Pasang Pelekat Pemantul Cahaya Mulai Januari Depan

oleh Ahmad Albab
05/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Semua kenderaan perdagangan diwajibkan memasang pelekat pemantul cahaya berkuat kuasa Januari depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Nadzri Siron.

Semasa mengumumkan demikian hari ini, beliau berkata pemantul cahaya itu perlu mematuhi piawaian Malaysia Standard MS828:2011 yang diiktiraf SIRIM Berhad.

“Pemilik kenderaan perdagangan yang gagal memasang pelekat pemantul cahaya berstandard SIRIM Berhad akan dikenakan denda RM300 dan amaran supaya berbuat demikian dalam tempoh 10 hari,” katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata langkah itu dilaksanakan berikutan banyak kemalangan pada waktu malam membabitkan kenderaan perdagangan yang sering diletakkan di tepi jalan kerana rosak.

Daripada lebih 18 juta kenderaan yang berdaftar dengan JPJ, sebanyak 1.2 juta adalah kenderaan perdagangan.

Terdahulu, beliau menghadiri taklimat berhubung pemasangan pemantul cahaya pada kenderaan perdagangan yang dihadiri oleh syarikat, pengusaha dan pemilik kenderaan bersama-sama JPJ, SIRIM Berhad dan Puspakom.

Nadzri berkata ketika ini, hanya dua syarikat yang menjual produk pemantul cahaya diiktiraf SIRIM QAS International iaitu 3M Malaysia Sdn Bhd dan Orafol Reflective Solutions (Malaysia) Sdn Bhd, dengan setiap produk dijual pada harga antara RM60 dan RM80 di Puspakom serta beberapa syarikat yang dilantik pembekal.

Menurutnya setiap kenderaan perlu memasang tiga pemantul cahaya iaitu di belakang serta di kiri dan kanan kenderaan dengan jarak penglihatan dianggarkan sejauh 400 meter dari kenderaan di belakang.

Beliau turut mengingatkan pengusaha dan pemilik kenderaan perdagangan mengenai kewujudan pelekat pemantul cahaya tiruan yang tanpa logo JPJ di pasaran tempatan.

“JPJ kini bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi membanteras penjualan produk tiruan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kenderaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

19/03/2025
1

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari puncak menjelang Aidilfitri di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd