• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Maut, 3 Cedera Dalam Kemalangan Di Jeli

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Dua terbunuh manakala tiga lagi cedera apabila kereta yang mereka naiki merempuh belakang treler yang berhenti di bahu jalan di Kilometer 92 Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli-Grik di Jeli, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Jeli DSP Mohd Yussof Jaafar berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Siti Norasmad Salsabila Jusoh, 24, dari Kampung Belahak dan Zakaria Maliki, 70-an, dari Kampung Selar, Jeli.

Beliau berkata mangsa yang cedera ialah pemandu kereta Proton Saga, Mohamad Rosmadi, 47, Hafizah Ibrahim, 55, dan Siti Aminah Mat, 57, masing-masing dari Kampung Selar.

“Ketika kejadian Siti Norasmad Salsabila berada di tempat duduk penumpang belakang manakala Zakaria duduk di sebelah pemandu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Yussof berkata kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kuala Krai untuk pulang ke kampung masing-masing.

Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera juga dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd