• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pos Malaysia Terima Anugerah A-Star Di Istanbul

oleh Ahmad Albab
05/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia menerima anugerah ‘A-Star’ bagi Persijilan Pengurusan Kualiti di kongres Universal Postal Union (UPU) ke-26 di Istanbul, Turki pada Isnin lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pos Malaysia, anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan bertaraf global kepada mereka di atas kualiti pengurusan dalam memproses dan memberikan servis penghantaran terbaik di peringkat antarabangsa.

Anugerah itu diterima Pegawai Ketua Operasi Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukri Mohd Salleh dan disaksikan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

“Penganugerahan ini mengukuhkan kedudukan Pos Malaysia sebagai teraju operasi pos bereputasi di dunia,” menurut kenyataan tersebut selain menambah kejayaan ini adalah hasil kerjasama dan komitmen para pekerja Pos Malaysia sendiri.

“Ia juga merupakan bukti kebolehan Pos Malaysia dalam kesinambungan menambah baik kualiti servis bagi memenuhi keperluan pelanggan,” tambah kenyataan itu lagi.

Anugerah A-Star merupakan anugerah tertinggi daripada UPU, iaitu sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu kepada syarikat operasi pos yang mencapai tahap kualiti terbaik dalam operasi mel antarabangsa. – BERNAMA

Tags: istanbulPos Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Magnitud 6.2 Gegar Istanbul

Gempa Bumi Magnitud 6.2 Gegar Istanbul

23/04/2025
1

ISTANBUL - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud menggegarkan Türkiye pada Rabu dengan pusat gempa terletak di Daerah Silivri, Istanbul,...

Delegasi Ukraine, Rusia Tiba Di Istanbul Untuk Rundingan Damai

29/03/2022
0

ISTANBUL - Delegasi Rusia dan Ukraine tiba di Istanbul pada Isnin bagi sesi mesyuarat rundingan damai yang seterusnya setelah krisis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd