• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Mahu Formula Masyarakat Dwibahasa

oleh Ahmad Albab
05/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mahu satu formula yang bijaksana dicari dalam melahirkan masyarakat dwibahasa bagi membangunkan sumber manusia bersifat global tanpa meminggirkan kedaulatan bahasa kebangsaan.

“Negara harus bijaksana melakukana perimbangan, demi memastikan warisan pusaka bangsa tidak tergadai dalam hasrat mahu membangunkan sumber manusia bersifat global,” titah baginda pada Majlis “Titah Diraja” anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, hari ini.

Sultan Nazrin Shah bertitah dalam menerima hakikat pentingnya rakyat terutama orang Melayu menguasai bahasa yang lebih sejagat dalam memperkaya ilmu dan kemahiran, negara perlu berhati-hati dengan kaedah yang dipilih supaya yang dikendong tidak berciciran.

“Jangan ditidakkan, dapatan UNESCO, bahawa bahasa yang paling baik dan efisien untuk mendapatkan ilmu ialah bahasa ibunda,” titah baginda.

Titah baginda, bahasa kebangsaan juga tidak harus dijadikan mangsa untuk dipinggirkan kerana kaedah pengajaran bahasa Inggeris di sekolah yang kurang efektif.

“Anak Melayu bukannya tikus belanda untuk dijadikan bahan eksperimen sepanjang masa. Kaedah membolehkan bangsa menguasai bahasa Inggeris hendaklah diformulasikan secara betul.

“Dasar mudah digubal, tetapi sebelum sesuatu idea dijadikan dasar, wajiblah diteliti secara terperinci mekanisme pelaksanaannya. Selamilah sesuatu masalah secara mendalam, agar bertemu dengan mutiara penyelesaian yang lebih berkesan,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah amat malang sekiranya bahasa Melayu kehilangan nilai ilmu, pentadbiran dan komersial dalam era globalisasi dan dunia korporat.

“Pada satu masa, atas dorongan semangat kemerdekaan yang memuncak, pelbagai Pihak Berkuasa Tempatan telah menukar nama-nama jalan daripada nama tokoh-tokoh penjajah kepada para pemimpin tempatan.

“Hari ini, perkara yang terbalik sedang berlaku, semakin banyak kawasan perumahan, taman-taman, gedung niaga dan pusat pelancongan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, dinamakan dengan bahasa Inggeris. Hari ini, Pihak Berkuasa Tempatan bagaikan mangli, melihat papan tanda-papan tanda yang meminggirkan bahasa kebangsaan,” titah baginda.

Sultan Nazrin turut menegur syarikat-syarikat gergasi berkaitan kerajaan, yang diterajui oleh orang Melayu, turut mempamerkan sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan, selain tidak menunjukkan sokongan bersungguh kepada badan-badan yang berjuang untuk terus mendaulatkan bahasa kebangsaan.

Bahasa kebangsaan, walaupun dianggap tidak mempunyai nilai antarabangsa, adalah bahasa yang bukan sahaja mampu melindungi pertalian sejarah, malah amat afdal untuk mendukung identiti nasional, titah baginda.

Titah baginda, martabat dan kemuliaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah sebahagian daripada semangat perjanjian kemerdekaan.

“Semangat itu wajib terus dihidupkan, obor memperjuangkannya hendaklah dinyalakan sepanjang masa. Tidak ada pihak yang boleh memadam status bahasa Melayu di bumi ini, melainkan kalangan orang Melayu yang terlebih internasional sifatnya, lantas tidak langsung menjiwai dan menghayati warisan sejarah bangsanya.

“Jangan sekali bersifat tulah, di sebaliknya, junjunglah titah wasiat Raja-Raja Melayu yang telah menyerahkan kuasa negeri kepada pemerintahan Persekutuan,” tegas baginda. – BERNAMA

Tags: masyarakatSultan Nazrin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

31/03/2026
0

RAKYAT tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang senada menuntut tindakan lebih tegas dan serius diambil bagi menangani isu pemandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd