• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tangkap Merpati Kerana Ancam Nyawa PM India

oleh
05/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Polis India pada Isnin ‘menangkap’ seekor burung merpati dekat sempadan Pakistan yang dikawal ketat pihak tentera kerana membawa nota amaran ditujukan kepada Perdana Menteri, Narendra Modi.

Pasukan Keselamatan Sempadan (BSF) menjumpai merpati itu di Pathankot di utara Punjab, wilayah kumpulan militan berpangkalan di Pakistan melancarkan serangan terhadap sebuah pangkalan tentera udara pada Januari.

“Kami sudahpun berjaya menahan burung tersebut sebagai suspek,” kata inspektor polis Pathankot Rakesh Kumar kepada agensi berita antarabangsa AFP ketika dihubungi melalui telefon.

“BSF turut menjumpai nota dalam bahasa Urdu itu dengan ancaman berbunyi: ‘Modi, kita bukan orang yang sama sejak 1971. Sekarang, setiap kanak-kanak bersedia menentang India’,” menurut Kumar.

Kedua-dua negara jiran di rantau Asia Selatan itu berperang buat kali ketiga, yang juga merupakan peperangan besar-besaran pada 1971. Nota itu dipercayai ditandatangani oleh kumpulan militan Lashkar-e-Taiba (LeT).

Mereka berpangkalan di Pakistan dan “kami sedang menyiasat perkara ini dengan serius,” kata Kumar. Namun, ini bukan kali pertama ‘burung’ terbabit secara langsung dalam permusuhan antara kedua-dua negara tetangga itu.

pigeon1

Ia berlaku ketika ketegangan makin memuncak berikutan serangan terhadap sebuah pangkalan tentera India di Kashmir dua minggu lalu dan New Delhi menuduh LeT bertanggungjawab atas serangan dilancarkan pada Januari.

Pada minggu lalu, pasukan tentera India melancarkan serangan balas terhadap kumpulan militan di Kashmir, satu tindakan keras yang mencetuskan kemarahan pihak Pakistan.

Dua biji belon besar dengan ancaman yang sama terhadap Modi turut pernah dijumpai di wilayah Punjab baru-baru ini, yang didapati mengandungi ancaman keselamatan serius dalam bahasa Urdu.

Tahun lalu, polis India ‘rampas’ seekor merpati kerana dipercayai digunakan Pakistan untuk ‘intip’ negara itu dan X-ray digunakan untuk mengesahkan sama ada kamera, alat transmitter atau cip terlindung dipasang pada burung itu.

Pada 2013, India menjumpai bangkai seekor burung falkun dipasang dengan kamera kecil dan pada 2010 pula, seekor burung merpati ‘ditahan’ kerana dipercayai melakukan aktiviti pengintipan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: merpati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Denda Atau Penjara Beri Makan Merpati Di Tempat Awam

21/09/2018
0

BANGKOK – Pengunjung ke Thailand perlu berwaspada kerana memberi makan burung merpati di tempat awam kini boleh menyebabkan mereka dilanda...

Burung Pun Jadi Mangsa Manusia Seludup Dadah

28/05/2017
0

DEK kerana sikap tamak manusia, seekor burung merpati menjadi mangsa apabila 'ditahan' kerana cuba menyeludup dadah di Kuwait, baru-baru ini. Al...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd