• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Maut Motosikal Bergesel Dengan Lori

oleh Ahmad Albab
04/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Seorang pelajar Tingkatan Empat maut akibat digilis lori di Km 3, Jalan Kerian-Semanggol di sini pagi tadi.

Nur Syafiqah Mohamad Salin, 16, meninggal di tempat kejadian dalam kejadian kira-kira pukul 7.35 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata kemalangan berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal ke sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Mudzaffar Shah di Simpang Empat, Selinsing.

“Mangsa yang datang dari arah Kamunting menghala Semanggol telah memotong sebuah lori sebelum sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan bergesel dengan motosikal mangsa.

“Mangsa lalu hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan sebelum digilis lori berkenaan,” katanya.

Kes itu merupakan kes kedua yang membabitkan pelajar sekolah di Kerian, selepas kejadian seorang murid Sekolah Kebangsaan Teluk Medan turut maut dilanggar treler ketika sedang melintas jalan ke sekolahnya di Jalan Ipoh-Butterworth dekat sini pada 21 Sept lalu. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd