• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Sifatkan Aziz Tokoh Pejuang Melayu Banyak Berjasa

oleh Ahmad Albab
04/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Allahyarham Tan Sri Abdul Aziz Tapa sebagai seorang tokoh pejuang Melayu yang banyak berjasa.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata negara kehilangan seorang lagi tokoh pejuang dengan pemergian Abdul Aziz yang meninggal dunia di Hospital Putra, Melaka pada 11.55 pagi tadi.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Dapat perkhabaran sedih, Tokoh Melayu Terbilang Tan Sri Abdul Aziz Tapa baru sahaja meninggalkan kita.

“Takziah buat keluarga Allahyarham, sama-sama kita doakan roh ditempatkan bersama yang beriman. Al-Fatihah,” kata Najib menerusi catatan di laman rasmi Facebook beliau hari ini.

Abdul Aziz, 93, dilahirkan di Kampung Rim, Jasin, pada 13 Jun 1923, seorang guru sebelum berkecimpung dalam dunia politik pada 1946 dengan menyertai Pergerakan Melayu Semenanjung Johor, iaitu gerakan anti-Malayan Union diketuai Datuk Onn Jaafar.

Allahyarham pernah memegang jawatan penting dalam UMNO dan Barisan Nasional Melaka termasuk Pengerusi Biro Veteran UMNO Melaka, Bendahari BN Melaka, Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Jasin dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin.

Beliau menjadi Senator dari 1975 hingga 1977 serta Anggota Dewan Undangan Negeri bagi Nyalas pada 1978 dan ADUN Rim pada 1982.

Bagi mengenang jasa Abdul Aziz dalam perjuangannya untuk orang Melayu, beliau telah dianugerahkan Anugerah Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2016 semasa Hari Ulang Tahun UMNO Ke-70 pada 12 Mei lepas. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakUMNOveteran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bangsa Johor boleh membantu menunaikan hasrat Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming untuk melepaskan jawatan menteri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd