• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Loji Rawatan Air Semenyih Ditutup Lagi, Pencemaran Bau

oleh Ahmad Albab
04/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Loji Rawatan Air Semenyih yang ditutup tiga hari baru-baru ini berikutan pencemaran di Sungai Semenyih terpaksa ditutup lagi mulai 10 pagi tadi berikutan masalah sama.

Susulan itu beberapa kawasan di Daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air, sepertimana sewaktu penutupan pada 22 hingga 24 Sept lalu.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor Elizabeth Wong berkata pencemaran bau dikesan di Sungai Semenyih pada 11 malam tadi.

“Loji Rawatan Air Semenyih akan beroperasi semula apabila tiada pencemaran bau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wong dalam pada itu berkata Kumpulan Air Selangor (Air Selangor), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengenal pasti punca pencemaran di tapak premis bersebelahan SR Building Materials Sdn Bhd di Batu 22 1/4, Jalan Sungai Lalang, Semenyih.

Katanya MPKj dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menutup tapak premis tersebut untuk memberhentikan sebarang aktiviti di sana dan untuk siasatan lanjut.

“Kes ini telah dirujuk kepada JAS untuk tindakan selanjutnya termasuk tindakan undang-undang. Di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, jika sabit kesalahan denda maksimum RM100,000 dan/atau lima tahun penjara akan dikenakan.

“Selain itu, bagi perniagaan atau premis yang disahkan mengakibatkan pencemaran, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan membatalkan semua lesen dan hentikan semua operasi perniagaan. Tiada rayuan akan dipertimbangkan kerana kejadian tidak bertanggungjawab ini telah mengakibatkan kesusahan kepada lebih 1.8 juta pengguna di Selangor,” katanya.

Tambah beliau, tindakan pantas petugas LUAS dan Air Selangor yang telah memantau kawasan itu 24 jam selama 10 hari akhirnya berjaya mengenal pasti punca pencemaran.

Wong berkata pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai bekalan air melalui aplikasi telefon bimbit ‘mySYABAS’ dan www.syabas.com.my.

Sebelum ini, beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air sejak 22 Sept lepas ekoran penutupan Loji Rawatan Air Semenyih akibat pencemaran sungai. – BERNAMA

Tags: bekalan airlojiSyabas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd