• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Denggi Di Pulau Pinang Meningkat 163.84 Peratus

oleh Ahmad Albab
05/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Kes denggi di Pulau Pinang mencatat peningkatan sebanyak 163.84 peratus dengan 1,992 kes direkod sejak Januari hingga 1 Nov tahun ini daripada 755 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata lima kematian dilapor akibat komplikasi deman denggi dalam tempoh itu berbanding empat dalam tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata terdapat 17 lokaliti terkawal dilaporkan iaitu sembilan di Daerah Timur Laut, masing-masing tiga di Daerah Barat Daya dan Seberang Perai Tengah manakala dua kawasan di Seberang Perai Utara.

“Terdapat satu lagi lokaliti wabak tidak terkawal iaitu di Jalan Penawar 1 yang terletak di kawasan Daerah Timur Laut dengan empat kes dilapor setakat ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Afif meminta mereka yang mengalami simptom awal denggi segera mendapatkan rawatan dan menasihati masyarakat setempat menjalankan gotong-royong membersihkan kawasan perumahan bagi menghapuskan tempat berpotensi untuk pembiakan nyamuk Aedes. – BERNAMA

Tags: denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd