• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Sahkan 19 Pesakit Positif Rotavirus

oleh Ahmad Albab
04/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 kes gejala Rotavirus acute gastroenteritis (AGE) yang mempunyai sejarah mengunjungi taman tema di Bukit Merah, Perak dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan pada 1 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak enam kes itu dikesan di Kedah, tiga di Perak dan dua dari Pulau Pinang.

“Kesemua kes baru ini berumur dalam lingkungan umur 1 ke 30 tahun. Hanya dua kes baru ini sahaja dirawat sebagai pesakit luar. Bakinya sembilan orang telah dimasukkan ke wad. Mereka berada dalam keadaan stabil.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dengan gejala AGE yang mempunyai sejarah pendedahan di resort tersebut pada 24 September 2016 yang dilaporkan adalah sebanyak 46 kes. Dari jumlah 46 kes gejala AGE tersebut, 19 kes telah disahkan positif Rotavirus,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, pecahan kes itu mengikut negeri adalah Kedah 17 kes gejala AGE dengan 13 positif Rotavirus, Pulau Pinang 10 kes gejala AGE dengan enam positif Rotavirus dan Perak 19 kes gejala AGE namun keputusan ujian najis masih belum diperolehi.

Bagaimanapun, katanya, tiada kematian dilaporkan berkaitan dengan kejadian tersebut.

Justeru, katanya, orang ramai dinasihatkan tidak membawa kanak-kanak yang mempunyai gejala AGE ke kolam renang dan memastikan anak-anak kecil mereka tidak memakai lampin pakai buang apabila mandi di kolam mandi.

Jelasnya, lampin pakai buang yang telah digunakan perlu dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan dan orang ramai juga dinasihatkan makan makanan dan minum air yang bersih dan selamat.

Beliau turut memaklumkan Jabatan Kesihatan Perak telah pemeriksaan dan perbincangan dengan pihak membuat pengurusan resort tersebut dan tindakan kawalan yang dijalankan bersama pihak pengurusan resort itu adalah seperti berikut:

– Flushing dilakukan ke atas semua kolam di situ; iaitu penyucian terperinci serta penggantian semula dengan air yang bersih dan selamat untuk digunakan.

– Mencadangkan penggunaan klorinator bagi menggantikan pengklorinan yang dibuat secara manual. Tempoh kontak air dengan klorin mesti mematuhi piawai yang ditetapkan.

– Menasihatkan pengurusan resort supaya melantik pemantau kualiti air yang berkelayakan. Jika tiada, maka pemantau yang sedia ada perlu diberi latihan secara berkala mengenai pemantauan kualiti air.

– Menambahbaik prosedur pemantauan kualiti air kolam dari segi peralatan dan parameter. Dicadangkan peralatan digital portable digunakan dan parameter seperti baki klorin, pH, kekeruhan, potensi redox dan paras nitrate ditambah dalam pemantauan.

– Memastikan filter di rumah pam di resot tersebut diselenggara mengikut jadual agar bakteria dan virus tidak terperangkap pada filter.

“Kementerian Kesihatan akan terus memantau status kejadian ini serta pematuhan kualiti air dalam kolam di resort tersebut sebelum ia boleh dibuka semula kepada orang ramai,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: KKMRotavirus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd