• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banduan Merusuh Kerana Hamster Mati

oleh Ahmad Albab
04/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LEICESTER (Britain) – Kematian seekor hamster yang menjadi haiwan kesayangan seorang banduan mencetuskan satu rusuhan di sebuah penjara di sini yang menyebabkan kerugian lebih £12,000 (RM64,000).

Kejadian berlaku apabila empat banduan merusuh dengan merosakkan peralatan, perabot dan membakar bilik tahanan di penjara HMP Stocken, April tahun lalu.

Rusuhan tersebut berlaku selama empat jam sebelum pasukan khas menyerbu masuk menangkap semua banduan berkenaan.

Dalam satu perbicaraan di Mahkamah Diraja Leicester semalam, keempat-empat banduan berkenaan berang selepas pegawai penjara membuat pemeriksaan di bilik tahanan mereka.

Seorang banduan berkenaan dilaporkan marah selepas beberapa gambar peribadinya rosak manakala seorang lagi banduan sedih apabila hamster kesayangannya mati setelah pemeriksaan dilakukan.

Banduan di penjara itu dibenarkan membela haiwan peliharaan sebagai balasan kerana berkelakuan baik.

Pegawai penjara cuba memujuk banduan berkenaan tetapi gagal.

Pegawai penjara kemudian mengepung sebahagian penjara yang menempatkan 800 banduan bagi mengelak rusuhan merebak.

Keempat-empat banduan itu menjalani hukuman penjara lima hingga enam tahun atas kesalahan merompak.

Semua mereka dihukum tambahan penjara antara 20 hingga 22 bulan selepas mengaku bersalah bergaduh dan melakukan kerosakan jenayah. – Agensi/myMetro Online

Tags: banduanRusuhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

20/04/2026
0

GOMBAK – Seorang banduan yang sebelum ini dilaporkan melarikan diri pada 9 April lalu berjaya ditangkap semula oleh pihak polis...

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

01/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang peguam ditahan selepas disyaki bersubahat dengan banduan untuk menyeludup masuk dadah ke Penjara Marang, dekat sini. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd