• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perlis Disaran Pulihkan Ladang Anggur

oleh Ahmad Albab
03/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kerajaan Perlis disaran memulihkan ladang anggur di Sungai Batu Pahat, di sini yang dilihat terbiar atau menggantikannya dengan tanaman lain yang berpotensi.

Yang Dipertua Persatuan Melayu Perlis (Pemanis), Datuk Mohd Zain Hamzah berkata kedudukan ladang anggur berhampiran Taman Ular dan Reptilia serta Kelab Golf Perlis yang merupakan tempat tumpuan pelancong itu, memberi gambaran negatif terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata Pemanis agak dukacita melihatkan taman anggur itu dipenuhi semak samun dan mesyuarat agung persatuan itu baru-baru ini membangkitkan isu tersebut untuk dijadikan usul bagi menarik perhatian kerajaan negeri.

Kementerian Pelancongan memperuntukkan wang yang banyak bagi menjadikan ladang anggur itu tumpuan pelancong lebih 10 tahun lepas, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

“Kerajaan negeri perlu membuat keputusan segera daripada membiarkan ladang anggur ini ‘merosakkan’ mata memandang,” kata Mohd Zain sambil menyarankan program gotong-royong diadakan pada hujung minggu untuk membersihkan ladang tersebut.

Mohd Zain berkata ladang anggur itu boleh dikekalkan namun perlu dipulihkan terlebih dahulu kerana Perlis kekurangan produk pelancongan yang menarik. – BERNAMA

Tags: Anggur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelbagai Jenis Anggur Di Ladang Saloma Di Sitiawan

11/01/2017
0

SITIAWAN - Langsung tidak pernah terfikir untuk memetik anggur segar dari ladang, lebih-lebih lagi di negara sendiri yang beriklim khatulistiwa...

Projek Tanaman Anggur Di Perlis Dikekalkan

12/12/2015
0

KANGAR - Projek tanaman anggur di Taman Anggur Sungai Batu Pahat, Bintong dekat sini dikekalkan tetapi keluasannya akan dikurangkan. Pengerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd