• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Baru Dimasukkan Dalam Kolam Taman Tema

oleh Ahmad Albab
04/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Pihak pengurusan Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) akan memasukkan air baharu di dalam kolam esok bagi mengelak jangkitan Rotavirus dan Gastroentritis Akut (AGE).

Pengurus Besar BMLR, Kamal Hussein berkata, air kolam di taman tema air itu telah dikeringkan sejak tiga hari lalu setelah mendapat arahan daripada Jabatan Kesihatan Perak.

“Jabatan Kesihatan Perak sedang memantau operasi di taman tema itu termasuk kaedah penggunaan pengklorinan bagi mengelak jangkitan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan supaya pihak pengurusan Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort menggunakan klorinator bagi menggantikan kaedah pengklorinan secara manual untuk mencegah jangkitan Rotavirus dan AGE.

Taman tema air itu ditutup selama 14 hari sejak Khamis lepas bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan selepas beberapa kes AGE dan Rotavirus dikesan dipercayai kerana mandi di pusat rekreasi tersebut.

Setakat ini, 46 kes AGE direkodkan masing-masing 17 di Kedah dengan tiga daripadanya positif Rotavirus, Pulau Pinang (10 AGE, enam Rotavirus), manakala Perak 19 kes AGE.- BERNAMA

Tags: Taman Tema
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Taman Tema Dibenar Operasi, Saringan Suhu Sekali Sahaja

29/06/2020
0

PUTRAJAYA - Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini mengumumkan lebih banyak kelonggaran termasuk membenarkan taman tema beroperasi,...

Tutup MAPS: Pelaburan RM500 Juta Hangus – Najib

28/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menempelak Menteri Besar Perak susulan penutupan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd