KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meluahkan rasa teruja dapat menonton filem Hollywood “The Magnificent Seven 2016” bersama keluarga di pawagam hari ini.
Katanya, filem itu mengimbau kenangannya bersama isteri yang pernah menonton filem “The Magnificent Seven” di pawagan pada tahun 60an.
“Kali pertama saya dan Salbiah menonton “The Magnificent Seven” ialah pada tahun 60an. Saya menonton di pawagam Odeon di Klang yang sudah tiada lagi.
“Setelah 50 dekad, hari ini kami bersama anak-anak dan menantu menonton pembikinan semula “The Magnificent Seven 2016″ di Nu Sentral KL,” katanya di laman Facebook beliau hari ini.
Abdul Khalid digulingkan daripada jawatan Menteri Besar pada tahun 2014 oleh parti sendiri iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memegang jawatan itu.
Hasrat Anwar ketika itu disokong DAP tetapi dibantah keras PAS selaku parti bersekutu dalam Pakatan Rakyat kerana melihat perbuatan itu satu pengkhianatan dan kezaliman ke atas Abdul Khalid.
Namun, PKR dan DAP mengabaikan bantahan PAS dan meneruskan usaha menggulingkan Abdul Khalid hingga berjaya.
Hasrat Anwar melihat isterinya menjadi Menteri Besar Selangor bagaimanapun tidak kesampaian kerana gagal mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sultan Selangor kemudian berkenan melantik Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu selepas PKR dititah supaya mengemukakan calon lain.
Film “The Magnificent Seven 2016” mengisarkan tentang tujuh individu yang memiliki kemahiran hebat dari kota ditugaskan untuk menumpaskan kejahatan yang bermaharajalela di desa-desa. – Mynewshub.cc
