• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tumbuk Vagina – Wanita Paksa Lelaki Mohon Maaf

oleh AK-47
03/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SABTU lalu,seorang wanita bernama Azmina sedang berjalan di tengah kota London apabila seorang lelaki tiba-tiba menerpa kearahnya dan dikatakan memukul bahagian kemaluannya.

Walaupun lelaki itu cuba untuk melarikan diri, Azmina telah berjaya menjejakinya dan memaksa lelaki itu memohon maaf kepadanya di hadapan kamera.

Rakaman itu kemudiannya dimuat naik ke dalam Facebook, di mana dengan pantas menjadi viral.

“Seorang lelaki menghampiri saya dan telah menumbuk kemaluan saya,” tulis Azmina di Facebook.

“Saya cuba untuk menghubungi pihak polis berkali-kali dan kami memerhatikannya serta mengikuti lelaki itu hingga ke jarak yang selamat. Dia telah mengarahkan kami untuk tidak mengganggu dirinya dan pada saat itu, saya serta-merta naik meradang dan terus memberitahunya bahawa dia tidak mempunyai autoriti untuk mengarahkan saya sebegitu selepas dia menyentuh kemaluan saya di tengah-tengah jalan hanya kerana dia berasa seperti dia mempunyai hak keatas tubuh saya,” katanya lagi.

Menurut Azmina, lelaki tersebut ‘tidak makan saman’ kerana dengan selamba mempertahankan tindakannya dengan memberi alasan bahawa dia sedang mabuk ketika itu, dan Azmina telah memperbesarkan insiden itu secara berlebihan.

Berang, Azmina terus keluarkan telefon bimbitnya dan menuntut lelaki itu memohon maaf kepadanya di hadapan kamera.

“Saya tidak tahu mengapa saya bertindak untuk merakamkan video, tetapi saya mungkin melakukan sebegitu kerana saya mahu menggunakan pengalaman ini untuk berkongsikan mesej ringkas ini— gangguan seksual adalah tidak OK,” tulis Azmina.

Lelaki berkenaan kemudiannya memohon maaf.

Posting Azmina itu menjadi viral serta-merta kerana menyedarkan masyarakat tentang gangguan seksual yang semakin meruncingkan, terutamanya bagi golongan wanita.-MYNEWSHUB.CC

 

Tags: United Kingdomvaginaviral
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan arahan pembekuan ke atas aset milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin di...

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd