• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hamilton Persoal Masalah Enjin Dihadapinya

oleh Ahmad Albab
03/10/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Juara dunia tiga kali, Lewis Hamilton membangkitkan keraguan serius sama ada wujud konspirasi dalaman untuk memberi kejuaraan dunia Formula Satu (F1) musim ini kepada rakan sepasukan, Nico Rosberg.

Persoalan tersebut timbul selepas enjin Mercedes kenderaan Hamilton terbakar dalam situasi paling dramatik pada pusingan ke-41 ketika mendahului pelumba lain selepas memulakan Grand Prix F1 Malaysia di petak utama di Litar Sepang semalam.

Insiden tersebut memaksa pelumba Britain itu terpaksa mengakhiri saingan dan memberi kemenangan satu dua kepada pelumba Red Bull Racing, Daniel Ricciardo dan Max Verstappen.

Kedua-dua pelumba Red Bull itu memulakan cabaran di barisan kedua di belakang Hamilton dan Rosberg.

Rosberg, yang menamatkan saingan di tempat ketiga, bagaimanapun, masih mendahului carta kejuaraan keseluruhan dengan 288 mata, kelebihan 23 mata di hadapan Hamilton.

“Saya perlu fikir ke depan. Saya tidak percaya daripada lapan kereta Mercedes, hanya enjin saya yang mengalami masalah ini, ada sesuatu yang tidak kena.

“Ia adalah enjin baharu. Adalah cukup ganjil bila ada 43 enjin untuk Mercedes dan hanya yang saya gunakan berdepan masalah ini,” katanya.

Hamilton berkata, terdapat banyak enjin Mercedes untuk pemandu mereka musim ini dan beliau pelik mengapa hanya enjinnya yang kerap berdepan masalah musim ini.

“Kami sedang bersaing untuk kejuaraan dunia dan hanya enjin saya yang gagal. Ia tidak kena bagi saya. Saya akan cuba bangkit semula untuk perlumbaan minggu depan di GP Jepun.

“Ada orang yang tidak mahu saya memenangi gelaran tahun ini tetapi saya tidak akan berputus asa dan akan terus berusaha,” kata pelumba berusia 31 tahun itu.

Saingan GP F1 2016 masih berbaki lima perlumbaan daripada keseluruhan 21 perlumbaan untuk musim ini. – BERNAMA

Tags: Lewis Hamilton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamilton Kekal Bersama Mercedes Sehingga 2025

Hamilton Kekal Bersama Mercedes Sehingga 2025

01/09/2023
0

MONZA : Juara Formula Satu (F1) dunia tujuh kali, Lewis Hamilton menamatkan teka-teki mengenai masa depannya apabila memperbaharui kontrak dengan...

Isu Jentera Kembali Hantui Mercedes

Isu Jentera Kembali Hantui Mercedes

01/08/2023
0

SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium – Mercedes kembali berdepan ‘penyakit’ lama selepas Lewis Hamilton mendakwa jenteranya yang dipacunya pada Grand Prix (GP) Belgium...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd