• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Novelis Parah, Anak Cedera Ditetak Penyamun

oleh Ahmad Albab
03/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang novelis dan anak lelakinya cedera ditetak selepas bergelut dengan penyamun di rumah mereka di Taman Lavender Height, Paroi dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supt Abdul Rahim Daud berkata mangsa yang juga merupakan pengurus syarikat, hanya menyedari rumahnya dipecah masuk apabila terlihat kelibat individu yang tidak dikenali dalam rumahnya.

Katanya kejadian yang berlaku di rumah anak Sasterawan Negara Abdullah Hussain itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 5.15 pagi Ahad.

“Mangsa Ahmad Patria Abdullah, 48, ketika itu sedang menonton televisyen di ruang tamu dan terlihat kelibat orang luar telah memecah masuk ke dalam rumahnya.

“Beliau cuba bertindak menghalau suspek dan menjerit memanggil isterinya supaya menghubungi polis. Ketika itu juga berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek.

“Anak lelaki mangsa, Abdullah Hasif, 16, terjaga daripada tidur dan terus menuju ke arah bapanya untuk membantu. Pergelutan itu menyebabkan mangsa dan anaknya cedera akibat ditetak mengunakan parang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Abdul Rahim berkata semasa kejadian, isteri mangsa bersama anak-anaknya yang lain berusia enam dan 10 tahun berada dalam bilik atas kerana tidur.

“Isteri mangsa yang menyedari kejadian ini telah menghubungi talian kecemasan serta turun menekan loceng kecemasan dan ia menyebabkan suspek melarikan diri melalui tingkap yang telah mereka potong.

Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai seramai tiga lelaki dan memecah masuk melalui tingkap dengan memotong jerijinya dan mereka juga keluar menerusi jalan yang sama, kata Abdul Rahim.

Beliau berkata pemeriksaan di lokasi kejadian juga turut mengesan alat pemotong yang digunakan suspek.

“Suspek dipercayai bersenjatakan dua parang dan satu alat pemotong, yang dipercaya terjatuh semasa mereka melarikan diri. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, penulis novel Aristokra itu ketika ditemui berkata ketika kejadian beliau sedang menonton televisyen apabila ternampak kelibat suspek.

“Ketika saya memandang suspek, dia telah mengacukan parang ke arah saya dan minta saya diam. Saya terus menerpa ke arahnya.

“Kebetulan semasa bergelut anak lelaki saya terjaga dan terus menuju ke arah saya untuk selamatkan saya dan dia turut bergelut dengan suspek,” katanya.

Menurutnya, akibat pergelutan itu, beliau cedera di kepala, belakang bahu dan kedua-dua tangannya akibat tetakan manakala anaknya mengalami kecederaan di kepala dan tangan kanan. – BERNAMA

Tags: samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

13/08/2024
0

Shah Alam : Seorang penganggur yang sebelum ini tular di media sosial terbabit cubaan samun juruteknik di sebuah stesen minyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd