• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi Awang Masih Menerima Rawatan Di IJN

oleh Ahmad Albab
02/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan kesihatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, semalam dilaporkan semakin baik.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata Abdul Hadi perlu mendapatkan rehat secukupnya sebelum dibenarkan keluar.

“Tuan Guru semakin baik dan sedang mendapat rehat secukupnya di IJN,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Sulit kepada Anggota Parlimen Marang itu, Zaihan Mohd Daud berkata Abdul Hadi dimasukkan ke IJN berikutan rawatan susulan biasa yang dijadualkan sebelum ini tertangguh disebabkan jadual tugasnya yang padat.

“Beliau sedang berehat di IJN dan mendapatkan rawatan rutin di sana (IJN) kerana dua kali temu janji tertunda…dalam masa yang sama beliau keletihan akibat jadual program yang padat,” katanya.

Semalam, Bernama melaporkan Abdul Hadi dikatakan tidak sihat dan terpaksa mengehadkan masanya menghadiri program yang telah dijadualkan.

Abdul Hadi yang biasanya menyampaikan kuliah mingguannya setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang hanya memberi ceramah kira-kira satu jam berbanding kebiasaannya selama dua jam.- BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Minta Bangsa Johor Pertahan Politik Harapan, Tolak Politik Lama Penuh Kebencian

PM Anwar Minta Bangsa Johor Pertahan Politik Harapan, Tolak Politik Lama Penuh Kebencian

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Bangsa Johor mempertahankan politik harapan yang menyatukan serta mencambah kasih...

Firdaus Wong Sindir Guan Eng Program Jualan Babi Di Butterworth

Firdaus Wong Sindir Guan Eng Program Jualan Babi Di Butterworth

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung secara sinis menyarankan Penasihat DAP, Lim Guan Eng mewujudkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd