• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Tumbuk Jurugambar: Luahan Pihak Keluarga Mangsa MH17

oleh AK-47
04/09/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMALAM, berlaku kekecohan di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi, Kuala Lumpur apabila seorang jurugambar New Straits Times (NST), Mohd Aizuddin Akmal ditumbuk oleh salah seorang ahli keluarga mangsa nahas pesawat MH17.

Akibatnya, dia mengalami kecederaan di bahagian muka dan hidung akibat tindakan lelaki tersebut.

(BACA: Kecoh Jurufoto NSTP Dipukul Ahli Keluarga Mangsa MH17)

Menerusi akaun Facebook salah seorang kenalan atau keluarga mangsa MH17, Suthan Mookaiah, dia memberi penjelasan mengenai punca berlakunya insiden itu:

“MH17: Saya disana hari ini. Pihak media telah di beritahu untuk tidak cover event melalui Mas, Nirvana serta ahli keluarga sebelum isu ini berlaku- tetapi mereka tetap mengendahkan dan meneruskan mengambil gambar dan video.

“Saya ulang- Berulangkali mereka telah diberitahu. Malah sudah dinasihat sejak sekian lama termasuk semalam ( lihat fb saya untuk bukti, dan juga ahli keluarga lain) …

“Di Nirvana, pintu depan disekat, pintu belakang mereka masuk- Menuding lensa kearah kereta jenazah dan ahli keluarga lain. Darah siapa yang tidak membuak, apabila orang tidak mendengar berkali-kali, malah ingin memorialisasikan gambar kematian jenazah keluarga tercinta tanpa mengira sentimen dan hati ahli keluarga untuk khalayak umum secara global. Tidak cukupkah gambar aib mayat MH17 yang telah anda lihat selama ini??

“Tidak bolehkah, keluarga mangsa meratapi anak dan keluarga mereka tanpa puluhan kamera kamera?? Sukakah anda sekiranya jika ada kematian berlaku dikeluarga anda, dan tiba-tiba puluhan kamera membanjiri rumah anda dan ber’share’ gambar untuk kpentingan peribadi mereka sendiri?

“Sejak awal lagi, keluarga ini tidak pernah meminta coretan media. Sebarang penulisan tidak pernah keluar dari keluarga (hanya rakan taulan dan kawan sekerja) . Mereka juga telah berulang kali meminta privasi mereka dipentingkan-dan ini telah disalurkan secara official dan ‘black and white’ kepada pihak kerajaan, MAS, dan Nirvana. Malah, semalam juga, kerajaan dan MAS tersilap langkah apabila mengedarkan maklumat peribadi alamat mereka walaupun berulang kali diminta untuk tidak berbuat demikian. Kesabaran mereka juga ada batasnya..

“Jadi salah kan pengamal media yang tidak tahu adab, yang tidak menghormati permintaaan keluarga untuk meratapi ahli keluarga mereka yang tersayang. Ini masa mereka yang terakhir.

“Ini bukan isu perkauman untuk disensasikan, ataupun isu politik… ini isu pengebumian 3 orang yang mempunyai keluarga ter sayang- yang telah ditolak ke batas maksima oleh media yang lebih mahu berita sensasi dari menghormati keseriusan majlis pengebumian ini.

“Saya ulang apa yang saya beritahu semalam. #RespectMH17 bukan hanya dari sisip nukilan FB anda, tetapi juga teladani melalui tindakan dan kesedaran untuk menghormati mereka yang telah pergi.”

Sehari sebelum kejadian, dia turut memuatnaik status yang meminta agar ahli keluarga mangsa diberikan ruang privasi untuk berkabung tanpa gangguan pihak media.

Kes Tumbuk Jurugambar:  Luahan Pihak Keluarga Mangsa MH17

Bagi kami, biar apapun sebabnya, adalah tidak wajar untuk menggunakan kekerasan bagi ‘menghalau’ pihak media yang sebelum ini tidak putus-putus menyampaikan maklumat penting kepada rakyat Malaysia.

Pada masa yang sama, pihak media juga perlu menghormati permintaan ahli keluarga mangsa dan tidak menunggu hingga mereka hilang sabar.

Pendek kata, bertolak-ansurlah…

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

 

Tags: dalam negaraMH17Nahas Pesawat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

12/11/2025
0

ANKARA: Kementerian PertahananTurkiye mengesahkan kesemua 20 anggota tenteranya yang berada dalam pesawat kargo tentera C-130 yang terhempas di Georgia, terkorban....

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd