• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rutte Sifatkan MAS ‘Penghubung Terbaik’ Amsterdam-KL

oleh Ahmad Albab
05/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Belanda Mark Rutte, yang tiba  hari ini untuk melakukan lawatan rasmi sehari ke Malaysia dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH19, menyifatkan syarikat penerbangan itu sebagai “penghubung terbaik” antara Amsterdam dan Kuala Lumpur.

MH19 adalah isyarat panggil baharu bagi laluan Amsterdam-Kuala Lumpur, menggantikan isyarat panggil sebelum ini, MH17, yang terhempas di Ukraine pada 17 Julai dan meragut nyawa 298 penumpang serta anak kapal, termasuk 43 rakyat Malaysia dan 193 warga Belanda.

“Ia (penerbangan itu) mempunyai makna istimewa kerana MH17 dijadualkan tiba lebih kurang pada waktu yang sama tiga bulan lepas. Penerbangan ini mengimbau kembali kenangan lama,” katanya pada sidang media bersama perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Perdana Putra di sini hari ini.

Isyarat panggil MH17 tidak lagi digunakan mulai 20 Julai bagi menghormati mangsa tragedi itu.

Ketika memuji perkhidmatan yang beliau terima daripada Malaysia Airlines sepanjang penerbangan itu, Rutte menyifatkan MAS sebagai syarikat penerbangan pakar, mempunyai petugas dalam penerbangan yang hebat serta merupakan penghubung terbaik antara Eropah dan Malaysia.

“Perkhidmatannya sungguh baik,” kata beliau.

MH17 menjadi topik perbincangan utama dalam pertemuan beliau dengan Najib.

Kedua-dua pemimpin juga mengadakan perjumpaan dengan pasukan penyiasat MH17 Malaysia.

Perdana Menteri menyatakan bahawa ada hikmahnya di sebalik tragedi itu  di mana negara-negara yang terjejas menjadi lebih rapat.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di zon yang sedang bergolak. Pesawat itu turut membawa 193 warga Belanda dan 44 rakyat Malaysia di kalangan penumpang. Semua mayat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa telah  dikenal pasti.

Sementara itu, Rutte berkata kedua-dua negara dan Australia telah ‘bekerjasama begitu baik’ dan berharap kerjasama itu akan berterusan untuk bulan-bulan atau tahun akan datang untuk mencari punca kejadian itu.

Beliau menegaskan bahawa masih terdapat sembilan mangsa yang masih belum dikenal pasti.

“Kami ingin mendapatkan bilangan itu menjadi 298. Kami berharap kami boleh  mendapatkannya dan kami akan melakukan yang terbaik,” katanya.

Rutte juga menyatakan semua orang yang terjejas dengan nahas MH17 tidak akan lupa apa yang telah berlaku, namun berharap mereka akan terus mewujudkan hubungan yang lebih kukuh bersama-sama.

“Saya melihat ramai orang di sini yang telah membantu dalam minggu pertama dan selepas itu untuk melakukan apa yang diperlukan untuk membawa balik sisa-sisa dan barangan peribadi, untuk bermula dengan mencari siapa di belakang (kejadian) ini dan membawa mereka ke muka pengadilan,” kata beliau dalam ucapannya.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein,  Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan pegawai-pegawai lain. – BERNAMA

Tags: MAS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

09/04/2026
0

8 April: Seorang pelancong dari China diturunkan dari penerbangan Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. Dia malah berkata, “Hubungan...

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd