• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kedua Kes Culik Pelajar SMK BTHO Ditahan

oleh AK-47
30/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes culik seorang pelajar Tingkatan Tiga di Bandar Tun Hussein Onn pada 22 September lepas ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Damai Indah, Cheras, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan hasil risikan polis dan maklumat orang awam dalam serbuan pada 7.30
pagi tadi.

Beliau berkata suspek, seorang yang masih bujang dan tidak bekerja merupakan bekas ba nduan penagih dadah jenis heroin serta mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah dan curi dalam bangunan.

“Hasil siasatan awal, suspek mengaku berperanan sebagai penunggang motosikal milik rakan sejenayahnya (suspek utama yang ditangkap semalam) dan melarikan mangsa dari tempat kejadian.

“Ketika itu, rakannya berperanan memegang mangsa dan mengugutnya dengan parang supaya tidak melawan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Othman berkata pihaknya turut merampas sehelai T-shirt merah dan sehelai seluar kelabu milik suspek.

“Ketika disoal siasat, suspek mengaku memakai pakaian ini semasa melakukan kes berkenaan dan suspek direman tujuh hari mulai hari ini sehingga 5 Okt depan.

“Siasatan lanjut diteruskan bagi mengumpulkan segala bukti yang ada untuk menuduh kedua suspek di mahkamah,” katanya sambil menambah kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melakukan penculikan.

Ditanya mengenai motif melarikan remaja perempuan berkenaan, Othman berkata pihaknya masih menyiasat.

Pada 22 Sept lepas, remaja berkenaan yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn dilapor dilarikan dua lelaki bermotosikal ketika sedang menunggu van sekolah di hadapan rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn. – BERNAMA

Tags: Jenayahkes culik
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd