• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Surat Palsu: Polis Tunggu Laporan Pejabat MB Perak

oleh AK-47
29/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis belum menerima laporan daripada Pejabat Menteri Besar Perak berhubung penyebaran surat palsu mengenai pengisytiharan pelantikan Kesultanan Melayu Perak ke-36.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata pihaknya masih menunggu laporan pejabat Menteri Besar dan dokumen yang berkaitan.

“Selepas itu kita akan menilai dokumen bagi mengklasifikasikan kes mengikut maklumat yang diperoleh. Tetapi sehingga pagi tadi, polis belum menerima sebarang laporan,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan polis kontinjen Perak di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata beliau telah mengarahkan pegawainya membuat laporan polis dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung penyebaran surat palsu itu.

Zambry menyifatkan penyebaran surat palsu tersebut oleh pihak tidak bertanggungjawab sebagai cuba mencemarkan nama Pejabat Menteri Besar.

Menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar, surat palsu itu menyebut bahawa Zambry mengisytiharkan individu tidak dikenali iaitu Sultan Badaruddin Alang Diwakis sebagai Sultan Perak ke-36. – BERNAMA

Tags: surat palsu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Surat Palsu PM: Pemuda UMNO Desak Polis Siasat

17/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO hari ini membuat laporan polis berhubung surat palsu menggunakan kepala surat dan tanda tangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd