• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Beri Jaminan Bantu Kontraktor Kelas F

oleh Ahmad Albab
29/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang memberi jaminan akan membantu kontraktor kelas F dengan memberi kontrak penyelenggaran jalan negeri dan kampung, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata ketetapan itu dibuat selepas bertemu wakil persatuan kontraktor termasuk Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (Perkobf) yang mengeluh kerana ketiadaan projek yang telah diberikan kepada syarikat konsesi.

“Saya dimaklumkan di Pahang ada lebih kurang 2,000 kontraktor kelas F, sedangkan jumlah projek tidak banyak. Kami cuba tolong sebaik mungkin kerana mereka juga mempunyai tanggungan.

“Kami akan buat senarai projek dan wakil persatuan dibawa masuk dalam pemilihan kontraktor. Pemilihan kontraktor dibuat secara undian supaya adil dan nampaknya mereka berpuas hati dengan cadangan ini,” katanya kepada pemberita di Kompleks Yayasan Pahang di sini, semalam.

Adnan menambah antara projek itu ialah penyelenggaran dan penambahbaikan jalan luar bandar yang telah diberikan kepada sebuah syarikat konsesi, yang Yayasan Pahang mempunyai ekuiti sebanyak 30 peratus.

Beliau mengingatkan kontraktor kelas F yang diberikan projek itu perlu melaksanakannya dengan baik, kerana prestasi mereka akan dipantau dan tidak akan menerima peluang kedua jika gagal.

Sementara itu Presiden Perkobf Tukiman Radion berkata pihaknya berpuas hati dengan ketetapan itu meskipun pada awalnya mendesak supaya kontrak kepada syarikat konsesi dibatalkan dan projek dikembalikan semula kepada kontraktor kelas F.

“Bagaimanapun menteri besar memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan berhadapan dengan tindakan jika membatalkan kontrak itu kerana telah menandatangani perjanjian dengan syarikat konsesi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adnan Yaakob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Disaran Buka Keanggotaan Kaum Lain

07/06/2018
0

UMNO perlu mengkaji semula Perlembagaan parti dan disaran buka keanggotaan kepada kaum lain sebagai langkah transformasi untuk perkukuh kedudukan parti...

Menteri Besar Pahang Diketahui Esok

11/05/2018
0

KUANTAN - Teka-teki sama ada Datuk Seri Adnan Yaakob akan terus kekal menjadi Menteri Besar Pahang bagi penggal kelima hanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd