• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tak Perlu Was-Was Makan Di Restoran Ada Sijil Halal’

oleh Ahmad Albab
05/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini tidak perlu berasa was-was terhadap makanan yang dihidangkan di restoran makanan segera atau restoran 24 jam yang mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) menjalankan pengauditan menyeluruh terhadap setiap restoran atau kilang meliputi aspek sumber bahan mentah, proses penyediaan, kebersihan, pekerja, peralatan, penyimpanan, pengangkutan dan persekitaran restoran atau kilang.

Beliau berkata Jakim dan Jain juga menjalankan pemantauan secara berkala ke atas setiap syarikat dan restoran pemegang sijil pengesahan halal berkenaan.

“Selain itu, Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia juga mensyaratkan setiap syarikat dan restoran atau kilang mewujudkan Sistem Jaminan Halal.

“Dalam pelaksanaan Sistem Jaminan Halal ini, syarikat wajib mengenal pasti risiko pencemaran halal, mewujudkan sistem kawalan halal dalaman termasuk audit halal dalaman dan langkah-langkah pencegahannya,” katanya menjawab soalan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Fasiah bertanyakan mengenai langkah kerajaan bagi memastikan restoran termasuk restoran 24 jam dan makanan segera menghidangkan makanan halal kepada pelanggan Islam dan memastikan umat Islam tidak berasa was-was untuk menikmati makanan di restoran berkenaan.

Jamil Khir berkata di samping itu syarikat juga perlu menubuhkan Jawatankuasa Halal Dalaman dan melantik pekerja Muslim bagi memastikan pematuhan piawaian halal yang ditetapkan sentiasa berterusan.

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Mohd Fasiah sama ada kerajaan negeri turut mengeluarkan pensijilan halal, Jamil Khir berkata setiap Jain juga mempunyai bahagian halal masing-masing bagi memudahkan urusan permohonan di peringkat negeri.

Beliau berkata bagaimanapun bagi mengelak kekeliruan berlaku, Jakim dan Jain menggunakan logo halal dan pelaksanaan prosedur permohonan yang sama.

“Prosedur ini ada dalam talian untuk memudahkan penyelarasan dan juga cara permohonan yang seragam. Badan berautoriti mengeluarkan sijil halal hanyalah Jabatan Agama Islam Negeri dan Jakim,” katanya.

Sementara itu, Jamil Khir berkata isu memperoleh sijil halal adalah atas sukarela pihak restoran makanan segera berkenaan dan tidak bersifat wajib kerana terdapat kekangan tertentu dalam konteks pasaran yang perlu diambil kira.

Selain itu, katanya, sekiranya perlu diwajibkan semua sumber makanan perlu mempunyai sijil halal, ia akan memberikan kekangan kepada pihak industri kecil dan sederhana, seperti orang perseorangan yang berniaga nasi berlauk dan keropok lekor di kampung. – BERNAMA

Tags: Jamil Khir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Laksana Prinsip Maqasid Al-Syariah

27/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional telah mempraktikkan lima prinsip maqasid al-syariah sepanjang pemerintahan bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan rakyat....

Isu Jantina, Nur Sajat Dedah Motif Sebenar Papa Gomo?

17/01/2018
0

MISTERI jantina usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat rupa-rupanya turut menarik minat ramai pihak termasuklah penulis-penulis blog tanah air. Antaranya ialah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd