• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khuatir Ada Dalang Dedah Maklumat Operasi ESSCom

oleh Ahmad Albab
28/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kebimbangan jika terdapat pihak yang mendedahkan kaedah pengoperasian pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sehingga kes penculikan kerap berlaku di kawasan perairan terbabit.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata tindakan sedemikian akan membuka kepada pihak musuh ruang dan waktu untuk bertindak.

“Saya tidak menuduh tetapi tidak mustahil berlaku,” katanya ketika mengulas insiden rompakan dan penculikan seorang rakyat Malaysia yang merupakan juragan sebuah bot nelayan oleh militan Abu Sayyaf di perairan Semporna berhampiran Pulau Gaya, malam tadi.

Bercakap kepada media selepas menutup Multaqa Ekonomi Majlis Perundingan Islam (MPI) di sini hari ini, Ahmad Zahid berkata pihaknya sentiasa berwaspada mengenai Abu Sayaff, kumpulan yang menculik untuk tebusan yang sedang aktif mengumpul dana yang dikhuatiri digunakan untuk menyokong kumpulan pengganas dikenali Khatibah Nusantara.

Beliau berkata Khatibah Nusantara merupakan kumpulan pengganas yang bertindak menyatukan pelbagai kumpulan pengganas di rantau Asia Tenggara.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Ruslan Sarapin, 39, diculik enam lelaki bersenjata api ketika menangkap ikan bersama-sama 26 lagi anak kapalnya di perairan berkenaan.

Kumpulan lelaki bersenjata api yang sama kemudian merompak sebuah lagi kapal nelayan yang dinaiki 19 anak kapal di perairan Tungku, Lahad Datu, setengah jam selepas rompakan pertama.

Beliau dalam pada itu berkata rakyat juga perlu memainkan peranan untuk membendung kejadian culik atau jenayah di kawasan berkenaan dengan menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak berkuasa jika sesuatu yang mencurigakan berlaku di sepanjang perairan sejauh 1,700km itu. – BERNAMA

Tags: Esscom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

ESSCOM Keluar Senarai 21 Penjenayah Dikehendaki

06/01/2021
0

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengeluarkan senarai terkini 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki di Zon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd