• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Mangsa Go-Kart Tak Beri Kebenaran Kutip Dana

oleh Ahmad Albab
28/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Keluarga mangsa kemalangan go-kart Perlumbaan Inovasi Automotif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARace 2016) tidak pernah membenarkan kutipan dana seperti yang tersebar di laman sosial Facebook.

Wakil keluarga itu yang tidak mahu dikenali berkata mereka mula menyedari perkara itu sejak petang semalam, dan menyifatkan kegiatan berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab.

“Kami menafikan ada membenarkan sebarang usaha mengutip dana atau apa sahaja tindakan yang disebarkan individu atau pihak tertentu. Kalau ada sekalipun pihak yang ingin membantu, sila datang berjumpa kami dahulu.

“Jangan gunakan insiden ini sebagai modal meraih untung. Tindakan ini boleh menjatuhkan nama baik dan jejas pandangan orang terhadap keluarga kami, terutamanya isteri arwah,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di Astana Permai di sini, hari ini.

Pada 11.30 pagi Ahad lalu, penyelia kilang Izwan Isa, 39, dan anaknya Nur Zulaikha, lima, maut akibat dirempuh sebuah go-kart semasa menonton perlumbaan anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu.

Kejadian yang didakwa berlaku apabila tiga buah go-kart bergesel sesama sendiri turut mencederakan isteri mangsa Siti Suhaiza Seman, 38, dan anak sulung mereka Muhammad Izz Daniel, 7 tahun.

Berhubung keadaan keluarga mangsa, sumber berkata Siti Suhaiza masih trauma dan banyak menghabiskan masa di dalam bilik, manakala Muhammad Izz Daniel dijangka keluar dari Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini, tidak lama lagi.

Beliau menambah pihaknya tidak berbincang atau membuat keputusan berhubung tindakan terhadap penganjur atau tuntutan insuran kerana keutamaan mereka adalah untuk memastikan Siti Suhaiza kembali stabil.

“Kami harap semua pihak dapat faham situasi dihadapi kami dan menghormati privasi keluarga mangsa. Berikan kami masa untuk selesaikan perkara ini satu demi satu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Go-Kart
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

29 Mac Keputusan Inkues EIMARace 2016

14/03/2018
0

KUANTAN - Keputusan inkues kematian dua beranak semasa menonton Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 di Jalan Sukpa, Indera...

Inkues EIMARace: Penganjur Rayu Terus Perlumbaan

31/01/2018
0

KUANTAN - Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa penganjur Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 merayu pertandingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd