Susulan kenaikan duti eksais oleh kerajaan pada 1 November lalu, maka kenaikan harga rokok di pasaran tempatan tidak dapat dielakkan.
Mulai hari ini, harga rokok seperti Dunhill, Kent, Benson & Hedges, Lucky Strikes, Pall Mall, Rothmans dan Peter Stuyvesent akan bertambah sebanyak RM 1.50.
Kali terakhir British American Tobacco Malaysia (BAT) menaikkan harga rokok keluaran syarikatnya adalah pada 8 September lalu iaitu sebanyak RM 1.00.
Menurut syarikat itu, kenaikan ini tidak dapat dielakkan bagi memastikan kelangsungan BAT dalam persaingan dengan syarikat rokok lain.
Kali terakhir harga rokok naik setinggi RM 1.50 bagi setiap pek adalah pada 30 September tahun lalu yang menyaksikan kenaikan tunggal terbesar dalam sejarah. – MYNEWSHUB.CC

