• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hamilton, Rosberg Teruja Pada Sesi Bertemu Peminat

oleh Ahmad Albab
27/09/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peminat sukan permotoran tempatan dan luar negara mengambil peluang bertemu pemandu Formula 1 (F1) kegemaran mereka, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg semasa sesi ‘Bertemu Peminat’, hari ini.

Mereka berkumpul di ruang legar Suria KLCC untuk menyambut dua pemandu pasukan F1 Mercedes AMG Petronas yang teruja dengan sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Pihak penganjur mengatur pelbagai aktiviti menyeronokkan kepada peminat termasuk sesi autograf bersama Hamilton dan Rosberg.

Peminat tempatan, Fafa Azmi, 24, berkata beliau terpaksa menunggu hampir tiga jam hanya untuk mendapatkan tandatangan Hamilton dan Rosberg.

“Saya amat gembira kerana kedua-dua pelumba mesra serta merendah diri dan sedia berselfie bersama saya,” katanya.

Antasha Haizat, 36, pula berkata beliau datang jauh dari Johor Bahru bersama rakannya hanya untuk bertemu Hamilton dan Rosberg.

“Saya sanggup mengambil cuti hari ini sehingga Ahad untuk menyaksikan perlumbaan pada hujung minggu ini,” katanya.

Oliver Gerald, 42, dari Jerman, berkata beliau telah mengikuti perkembangan sukan berkenaan lebih 10 tahun dan ini kali kedua beliau datang ke Malaysia untuk menyaksikan perlumbaan F1 di Litar Antarabangsa Sepang.

“Saya amat teruja dan berharap untuk melihat Rosberg menang di Malaysia, dan menjarakkan mata daripada Hamilton,” katanya.

Peminat dari United Kingdom, Jonathan Barkley berkata ia satu pengalaman yang hebat kerana salah seorang daripada dua pelumba berkenaan, juga berasal dari United Kingdom dan beliau akan terus menyokongnya.

“Malangnya, saya terpaksa pulang ke negara saya esok dan tidak dapat menyaksikan perlumbaan itu. Saya akan kembali untuk bersama-sama merasai keseronokan di sini,” katanya.

Perlumbaan berprestij Grand Prix F1 Petronas Malaysia 2016 akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dari 30 Sept hingga 2 Okt. – BERNAMA

Tags: Lewis Hamilton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamilton Kekal Bersama Mercedes Sehingga 2025

Hamilton Kekal Bersama Mercedes Sehingga 2025

01/09/2023
0

MONZA : Juara Formula Satu (F1) dunia tujuh kali, Lewis Hamilton menamatkan teka-teki mengenai masa depannya apabila memperbaharui kontrak dengan...

Isu Jentera Kembali Hantui Mercedes

Isu Jentera Kembali Hantui Mercedes

01/08/2023
0

SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium – Mercedes kembali berdepan ‘penyakit’ lama selepas Lewis Hamilton mendakwa jenteranya yang dipacunya pada Grand Prix (GP) Belgium...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd