• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Enam Lelaki Kes Kematian Penumpang Teksi

oleh AK-47
27/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis sedang memburu enam suspek berhubung kes kematian seorang penumpang yang mengamuk dan bertindak menyerang seorang pemandu teksi di sebuah stesen minyak di Batu 13, Segari dekat Lumut di sini pada 5 September lepas.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata kesemua lelaki yang berusia lingkungan 19 hingga 30 tahun itu masih bebas dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 malam, mangsa yang berusia 33 tahun menaiki teksi dari Sitiawan menghala ke Kuala Sepetang, Taiping bertindak agresif dan menyerang pemandu teksi berumur 49 tahun itu kerana menuduh lelaki itu mengambil cermin matanya.

“Tindakan agresif mangsa menyebabkan pemandu teksi itu menurunkan mangsa di sebuah stesen minyak dan kemudian mangsa mengheret serta memaut leher pemandu teksi supaya keluar daripada kereta sambil mengancam dan mencabar orang awam di tempat kejadian.

“Pemandu teksi itu menjerit sambil meminta tolong kerana tindakan mangsa yang ganas dan agresif serta mendatangkan provokasi untuk menarik perhatian orang ramai supaya tampil menyelamatkan pemandu teksi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hasnan berkata berlaku pergelutan antara mangsa dengan 10 orang awam yang berada di lokasi dan ia dapat dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta saksi kejadian.

“Polis bertindak segera ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa masih dalam keadaan agresif dan berjaya ditahan sebelum mangsa dibawa ke Hospital Seri Manjung,” katanya.

Menurutnya, hasil saringan awal mendapati mangsa positif morfin dan Benzodiozapine serta mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dihantar ke Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 10 pagi di HRPB pada 16 September lalu,” katanya.

Beliau berkata susulan kejadian itu, pihaknya berjaya menahan lima suspek dan kesemua mereka ditahan reman selama 14 hari.

Hasnan berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan meminta orang ramai supaya tidak mengeksploitasikan kes ini untuk kepentingan mana-mana pihak,” katanya. – BERNAMA

Tags: JenayahpenumpangTeksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Serbu Kuarters Pekerja Warga Asing Awal Pagi

Penumpang Lahirkan Bayi Di Balai Menunggu KLIA

01/01/2024
0

SHAH ALAM - Kakitangan dan orang ramai di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berhadapan situasi luar biasa...

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd